Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Keamanan di Bulan Rejab

1780
SHARE

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

اللّهُمّ بارِكْ لٙنا في رجٙب و شٙعْبان و بٙلِّغْنا رمٙضان

Ya ALLAH berkahilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini ialah:

1. Berpuasa
2. Memperbanyakkan bersedekah
3. Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
4. Memperbanyakkan berzikir
5. Memperbanyakkan solat-solat sunat

Bulan Rejab juga dikenali sebagai salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW iaitu bulan di mana Allah SWT sangat murka jika berlaku peperangan dan kezaliman tanpa sebab.

Marilah kita berdoa semoga Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan yang lebih dinamik. Semoga Malaysia terus aman dan dirahmati Allah SWT.

#IslamMemimpinWanitaSejahtera

Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru
Dewan Muslimat PAS Malaysia
25 Februari 2020 bersamaan 2 Rejab 1441H