Home Artikel PAS Melaka

Sahabat76 SMEXSA kumpul dana rebut pahala Ramadan

279
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 18 Apr : Sebanyak RM6600 dana telah terkumpul setakat ini bagi sumbangan kit Ramadan untuk fakir miskin demi merebut pahala Ramadan.

Dana yang dikumpul adalah hasil sumbangan ahli-ahli Persatuan Bekas Pelajar SMK (A) Sultan Muhammad (SMEXSA) batch tahun kelahiran 1976 yang lebih dikenali sebagai Sahabat 76.

Menurut Pengarah Projek, Zainal Abidin Abd Rahman, 45, jumlah ini mungkin akan meningkat lagi memandangkan pada masa ini baru minggu pertama Ramadan.

“Kami masih buka kepada rakan-rakan kami yang ingin menyumbang untuk dana ini. Dan kita harap akan dapat lagi lebih banyak dana.

Pengarah Projek, Zainal Abidin Abd Rahman

“Alhamdulillah tahun ini dana yang dikumpul jauh lebih banyak daripada dana yang kita pernah kumpul tahun-tahun sebelum ni. Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang menyumbang,” ujar beliau.

Zainal berkata demikian ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas selesai mengedarkan kit makanan dan wang tunai kepada penduduk sekitar Tanjung Bidara di sini, pagi semalam.

Menurut beliau lagi, untuk edaran semalam melibatkan 12 buah rumah asnaf dan golongan B40.

“Setiap isi rumah yang kita ziarah kita bagi kit makanan bernilai RM100 dan wang tunai bernilai RM100. Kita harap ini dapat membantu mereka,” ujar beliau lagi.

Menurut Zainal lagi senarai nama penerima adalah berdasarkan maklumat daripada ahli Sahabat76 SMEXSA yang merupakan penduduk di kawasan sasaran.

“Untuk kenal pasti penerima-penerima yang layak ini kita minta bantuan daripada ahli batch kami yang tinggal di lokasi sasaran. Sebab mereka lebih mengenali orang-orang di situ.

“Kita juga berhubung dengan pihak JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung) Kampung Ayer Hitam Pantai dan Kampung Pasir Gembor.

“Antara kampung yang kita pergi hari ni ialah Kampung Ayer Hitam Pantai, Balik Batu, Solok Mangga dan Pasir Gembor.

Ali Akbar Md Tahir (Kiri sekali)

“Terima kasih kepada Sahabat 76 kita daripada kawasan Tanjung Bidara, saudara Ali Akbar Md Tahir yang membantu kita mendapatkan senarai penerima ini,” ujar beliau lagi.

Program edaran yang turut dibantu oleh JPKK Kampung Ayer Hitam Pantai dan Kampung Pasir Gembor ini melibatkan seramai 14 orang ahli Sahabat76 SMEXSA bersama empat buah kenderaan dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.

Mohd Helmi Talib, suami kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, antara yang terlibat.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .