Home Berita PAS Pahang

Sabun pencuci pinggan jana pendapatan bantu rakyat

44
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 6 Mei – Pengunjung yang hadir jamuan Hari Raya PAS DUN Beserah diminta untuk membeli sabun pencuci pinggan jenama Purnama.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu berkata sabun tersebut adalah usaha bagi mendapatkan dana untuk menjalankan aktivitinya membantu masyarakat.

“Saya bersama dengan pegawai PKD menjadi pembekal yang kita buat sendiri dan kita edar sendiri, jadi bolehlah bantu kami membeli sabun tersebut untuk membantu kami menjalankan tugas,” katanya.

Jamuan Hari Raya yang dihadiri lebih dari 2 ribu orang itu telah diadakan di Dewan Syed Zulkifli Balok di sini semalam.

Tambah beliau jamuan tersebut diadakan adalah untuk bertemu dengan masyarakat sekitar DUN Beserah dan kawasan Indera Mahkota secara bersemuka.

“Dalam masa yang sama saya dapat bertanya khabar dan sekiranya ada perkara-perkara yang kita boleh runding dan bincangkan bersama, bolehlah kita kemukakan pada hari ini.

“Kita juga berharap agar para hadirin berpuas hati dengan hidangan, ini adalah hasil usaha semua penggerak dan juga cawangan-cawangan yang ada di sekitar Dun Beserah.

“Alhamdulillah kerjasama yang baik kita mampu mengadakan program kita pada hari ini,” ujarnya lagi.