Home Berita PAS Sabah

Dewan Muslimat PAS Keningau lahir jentera dan amilin

43
SHARE

Oleh : Sitti Saidah Binti Osman

7 Mei 2024

KENINGAU : Dewan Muslimat PAS kawasan Keningau telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8 bertempat di Queen Hotel, Keningau Ahad lalu.

Seramai 51 orang perwakilan dan pemerhati dari 4 cawangan yang aktif di sekitar daerah Keningau menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ketua Biro Kebajikan PAS Negeri Sabah, Ustaz Abdul Muein Mohd Noor dan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Puan Siti Aisyah Abdul Rahman yang merupakan pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) selaku pemerhati jemputan.

Dewan Muslimat PAS Keningau berjaya melahirkan jentera dan amilin PAS daripada pelbagai lapisan usia, tua mahupun muda”, ujar Ustaz Abdul Muein.

Tambah beliau, Dewan Muslimat juga banyak memfokuskan tarbiah terutamanya dalam kalangan muslimat menerusi institusi pendidikan seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) yang mana ramai tenaga pengajarnya adalah muslimat.

Anugerah Komuniti Pilihan Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau dinobatkan kepada Komuniti PPR Taman Anggerik kerana komuniti paling aktif laksanakan program untuk masyarakat sekitar.