Home Berita PAS Kedah

Rumah serba uzur jadi tempat teduh dua beranak

194
SHARE

ALOR SETAR – Sebuah rumah serba uzur yang didiami seorang ayah bersama anak lelakinya di Kampung Telok Kandih, Mukim Derga menjadi perhatian PAS Kawasan Alor Setar, semalam.

Lebih menyedihkan, keadaan bumbung rumah yang beratapkan zink reput menyebabkan penghuninya terpaksa berdepan dengan keadaan air bertakung di dalam rumah tiap kali hujan turun.

Penyelaras DUN Alor Mengkudu,Tuan Zakaria Sulaiman meluangkan masa menyantuni penghuni rumah  dan menyatakan kesediaan untuk membiayai kos membaik pulih terutama bahagian bumbung rumah tersebut.

Terima kasih kepada Pusat Khidmat Penyelaras Dun yang terus mengambil tindakan dan Pas Kawasan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PAS Kawasan Alor Setar, YB Senator Dato Ustaz Ahmad Yahaya yang turut membiayai sebahagian kos pembaikan.

Hadir sama,Penghulu Mukim Derga Tuan Zubir dan Pengerusi JPKK Alor Binjal, saudara Shuib.