Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Hulu Langat bantu Program Vaksinasi Orang Asal – Pengarah JAMN Selangor

8
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Hulu Langat | Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan Hulu Langat, Shahril Adha Zamhury hari ini memaklum tentang program kolaborasi Khidmat Malaysia bersama JAKOA Hulu Langat dan Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) dalam program outreach pemberian vaksin di Kampung Paya Lebar.

Saya dimaklumkan ini adalah kali pertama kolaborasi Jabatan Amal dan Khidmat Malaysia bersama JAKOA dan seramai 4 anggota Jabatan Amal telah membantu program vaksinasi di Balai raya Kg Paya Lebar ini.

Seramai 170 orang asal di sini telah berjaya menerima vaksin dos pertama dan tugasan Amal kali ini adalah membantu menyiapkan balairaya, menjaga kauter pendaftaran dan juga bersama pegawai jakim dan pimpinan tempatan memujuk penduduk orang asal untuk menerima vaksin.

Tahniah Jabatan Amal Kawasan dan Khidmat Malaysia Kawasan Hulu Langat kerana berjaya melaksanakan program yang hebat ini dan Syabas kerana terus memberi komitmen membantu dalam mencapai herd immunity di negara kita.

Terima kasih kepada JAKOA Hulu Langat dan JAKOA Negeri Selangor atas kepercayaan kepada team Khidmat Malaysia utk membantu program Vaksinasi Org Asal.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor