Home Artikel PAS Wilayah

Rumah rosak ditimpa pokok, PAS Wangsa Maju hulur bantuan

47
SHARE

 

WANGSA MAJU, 16 Mei – Angin kencang menyebabkan harta benda awam rosak dan beberapa pokok tumbang di Kampung Puah Hilir, Setapak semalam.

Kejadian pada 6.15 petang itu turut menyebabkan beberapa rumah penduduk rosak apabila bumbung diterbangkan angin, selain dihempap pokok tumbang.

Encik Abu Zahin, salah seorang pemilik rumah yang terjejas akibat kejadian berkenaan melahirkan rasa syukur kerana seisi keluarganya selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Ruang depan rumah kami ranap dihempap pokok besar dalam kejadian hujan berterusan beberapa hari kebelakangan ini,” katanya sambil menjelaskan rumahnya mengalami kerosakan di bahagian atap dan beberapa bahan kayu beruti perlu diganti.

YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani selepas meninjau rumah berkenaan turut mendapati atap, siling dan sebahagian dinding rumah telah rosak namun bersyukur kerana tiada kecederaan dilaporkan akibat ribut berkenaan.

Beliau turut menziarahi 4 buah keluarga lagi yang rumah mereka turut terkesan dengan ribut berkenaan serta menyampaikan sumbangan wang tunai kepada kesemua mangsa berkenaan.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kepada keluarga yang terlibat dalam musibah ini,” ujarnya.

Turut hadir ialah Naib Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Mahfuzan Gaddafi, Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wangsa Maju, Puan Asiah Baki dan Ketua Pemuda Cawangan PAS Kampung Puah, Muhammad Hakim Al-Hashimi.