Home Artikel PAS Wilayah

70 buah keluarga B40 terima beras sumbangan PAS Wangsa Maju

41
SHARE

WANGSA MAJU 17 MEI: Sebanyak 70 buah keluarga golongan b40 di Parlimen Wangsa Maju ini menerima sekampit beras menerusi Program Bantuan Amal YB Senator Hajah Nuridah Mohd Salleh, barangan Beras,gula dan wang tunai pengukir Senyuman anjuran PAS Kawasan Wangsa Maju.

Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani berkata, objektif program itu bertujuan menyantuni keluarga di sekitar Wangsa Maju yang tidak mempunyai kemampuan termasuklah warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.

” Lebih 70 buah keluarga terdiri daripada penduduk tempatan dari kumpulan yang kurang berkemampuan dan layak akan menerima sumbangan kampit beras yang akan diagihkan secara berperingkat mengikut SOP yang ditetapkan Kerajaan Perikatan Nasional,” katanya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Wangsa Maju berkata, pihaknya turut mengagihkan sejumlah lebih 1,000 pek bubur lambuk kepada masyarakat di sekitar.

Katanya, agihan itu dilakukan secara serentak di tiga lokasi tumpuan iaitu Bazaar Seksyen 1, Bazaar Danau Kota dan Bazaar Pasar Malam.

” Kita gerakkan setiap PAS cawangan kita untuk santuni masyarakat di samping merapatkan ukhwah di kalangan ahli cawangan dan penduduk Wangsa Maju.

” Mudah-mudahan agihan ini bermanfaat buat mereka yang menerimanya,” jelasnya.