Home Berita PAS Kedah

Rumah kediaman dijilat api

270
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Sedih dan terkejut apabila rumah yang duduki di Taman Pelangi, Kuala Nerang hangus dijilat api.

Menurut mangsa, Mohd Amirudin Khamis, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, beliau ketika itu tiada di rumah kerana keluar ke kedai membeli nasi.

Kebakaran tersebut menyebabkan kesemua barangan di dalam rumah habis musnah terbakar.

Tambahnya lagi, punca kebakaran berlaku adalah kerana litar pintas dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Yang diPertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd. Aziz telah turun menziarahi mangsa dan melawat tempat kejadian sekitar jam 5 petang.

Ustaz Azam turut bersimpati dan merakamkan takziah serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau atas musibah yang berlaku ini.

“Ujian adalah ketentuan dari Allah. Kita sebagai hamba kena terima ujian dengan redha”.

“Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar,” ujarnya.

Saudara Amirudin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Azam di atas keprihatinan beliau dan datang menziarahinya.