Home Berita PAS Kedah

Rumah hangus dijilat api

77
SHARE

KUALA KEDAH – Seorang warga emas di Kampung Tepi Laut, Alor Ibus terkejut selepas rumah yang dihuninya tiba-tiba dipenuhi kepulan asap dalam kejadian kebakaran, baru-baru ini.

Mangsa, Puan Hasmah Hashim, berkata ketika kejadian beliau sedang meluangkan masa membaca al-Quran sebelum menyedari bau dan kehadiran asap memenuhi ruang kediamannya.

Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa pihak PAS Kawasan Kuala Kedah telah turun bagi meninjau sendiri keadaan rumah kepunyaan Puan Hasmah Hashim yang telah hangus dijilat api.

YDP PAS Kawasan iaitu Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi sudi untuk turun sama bagi menziarahi Makcik Hasmah.

“Tidak dinafikan ujian ini amat berat bagi beliau. Namun, Mak Cik Hasmah tetap bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa yang berlaku,” ujarnya.

PAS Kawasan bersama NGO Muslim Care menyampaikan sumbangan kepada mak cik Hasmah, disampaikan sendiri oleh Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin.

Turut serta Timbalan YDP PAS Kawasan Kuala Kedah, Muhamad Riduan Othman bersama Naib YDP Kawasan Kuala Kedah, Abdul Basir Ahmad , wakil NGO Muslim Care Malaysia Society, Tuan Hj. Johari.