Home Berita PAS Melaka

Rumah dua kali dilanda ribut – Ibu tunggal dapat bantuan

178
SHARE

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 27 Apr : Mungkin pepatah Melayu yang berbunyi ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’ berlaku ke atas ibu tunggal, Rosita Hassan, 54 yang rumahnya telah dua kali dilanda ribut.

Sebelum ini Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pernah membuat liputan tentang rumah beliau yang dilanda ribut pada bulan September tahun lepas dan kini beliau talah diuji sekali lagi apabila salah sebuah bilik di rumahnya rosak teruk dipukul ribut.

Beliau menzahirkan rasa syukur kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Mas Ermieyatie Samsudin dan Penghulu DUN Kuala Linggi, Aszahari Abd Syukor atas bantuan yang diterima daripada mereka semalam.

“Akak bersyukur dengan bantuan yang diterima. Sebenarnya akak takut akak tak boleh dapat lagi (bantuan) sebab dulu dah dapat. Tapi Penghulu buatkan rayuan,” ujar beliau.

Namun begitu beliau masih bimbang kerana kejadian ribut itu boleh berulang lagi pada masa akan datang kerana kediaman beliau terletak di tepi pantai.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .