Rukun Negara Dipersenda Adalah Sembah Derhaka
Bila ada pimpinan dan rakyat tidak peka akan perlembagaan negara bahkan berani dirempoh selamba.
Merhain terutama para menteri serta wakil rakyat seluruh negara jangan merasa gah sangat mendabik dada.
Sentiasa ingat kuasa sementara hanya diberi oleh rakyat..tapi “Rukun Negara” telah terang termaktub menyatakan agar kita rakyat bersatu hidup harmoni di bawah payung negara dibawah piagam RUKUN NEGARA.
Semua warga negara tanpa mengira bangsa dan agama termasuk pemimpin negara telah bersumpah dalam istana dihadapan raja-raja Melayu agar memberikan kesetiaan kepada raja dan negara untuk berkhidmat dan berbakti dari saat kemerdekaan sehingga selama nya.
Jika ada suara suara Dajal yang cuba merobek Keluhuran perlembagaan ini, kita sebagai rakyat yang taat setia kepada raja dan negara wajib bangkit dan hapuskan pengkhianatan ini hatta mereka adalah PM atau Peguam Negara atau sesiapa sahaja.
Kita sayangkan raja kita dulu kini dan selama-lamanya sebagai Ulul Amri iaitu pimpinan Negara.
Kita masih punya Tentera Diraja dan Polis Diraja Malaysia untuk memelihara rakyat negara ini dari di ganggu gugat oleh sesiapa sahaja dalam dan luar negara.
Rakyat kena sedar bahawa kuasa kerajaan yang ada sekarang dan akan datang adalah sementara dan tidak pula diwarisi. Kuasa Rakyat sahaja yang menentukan dan memilih.
Setiap 5 tahun kita memilih melalui demokrasi dan ini hak kita sebagai rakyat dlm negara demokrasi raja berpelembagaan.
Kuasa adalah milik Rakyat bukan milik para menteri. Pimpinan politik jangan rakis dan gila kuasa.
Sultan dan raja Melayu adalah payung negara serta Ketua negara yang wajib dihormati bukan boneka pimpinan Politik tertentu.
Raja Melayu adalah Ketua agama Islam bagi setiap negeri. Raja berpelembagaan adalah perjanjian berbegara yang wajib kita sebagai rakyat pertahankan.
Usaha Individu dan kumpulan untuk menghina, mempersenda apatah lagi cuba menghasut untuk menyekat, menghalang kuasa raja raja adalah sembah derhaka dan pihak berkuasa wajib tegah dan hapuskan segera sebelum menjadi barah yang sangat sangat bahaya kepada kita rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama .
Kami rakyat yang cintakan keamanan sangat menghormati dan sayang pada raja Melayu yang berdaulat .
Menjunjung kasih Tuanku Raja raja Melayu !!!
Lt Kol Hj Mohd Nazari Hj Mokhtar(B),
Presiden KERABAT ( Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera) Veteran Malaysia.
300925H April 2019