Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Berita Duka: DMPM Rakam Takziah Buat Keluarga Ustaz Dato Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz

254 views
SHARE

Berita Duka: DMPM Rakam Takziah Buat Keluarga Ustaz Dato Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz

Allah berfirman:
‎كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Surah Ali-Imran,3: ayat 185)

Dewan Muslimat PAS Malaysia merasa dukacita atas pemergian ulama’ tersohor, Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz bekas pegawai agama Istana Negara yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Beliau ketika hayatnya seorang yang banyak menyumbang jasa dalam menyebarkan dakwah Islam dan mendidik masyarakat. Moga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat beliau.

DMPM juga merakamkam takziah kepada ahli keluarga almarhum. Semoga dikurniakan kesabaran dan kekuatan daripada Allah SWT.

انا لله وانا اليه راجعون…
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزوله ووسع مدخله واغسله بالماء البرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس..

YB SENATOR NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

1 May 2019 bersamaan 25 Sya’ban 1440H