Home Artikel PAS Johor

Risalah Untuk Warga Muar

690
SHARE

EDARAN RISALAH DI AWAL RAMADHAN

MUAR : Sempena tibanya bulan Ramadhan, pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar telah turun menyantuni masyarakat dengan mengedarkan risalah tentang kelebihan amalan di bulan Ramadhan beserta dengan taqwim jadual berbuka puasa & sahur bagi kawasan Muar.

Edaran dilakukan di sekitar Bazar Ramadhan Pekan Parit Jawa dan di pasar lambak Parit Bulat, Muar.

Risalah & jadual yang disediakan oleh pihak Lajnah Penerangan telah diedar oleh beberapa orang ahli jawatankuasa DMPK seperti Ketua HalWa Sungai Balang, Ketua Penerangan, Pengarah Jabatan Pilihanraya, Ketua Lajnah Ekonomi dan Dakwah serta beberapa orang ahli jawatankuasanya.