Home Artikel PAS Sarawak

“Rindok Dekah Ramadan” 2.0 Di Batang Lupar

102 views
SHARE

BATANG LUPAR, 8 Jun- PAS Batang Lupar meneruskan episod program “Rindok Dekah Bubur Rakyat” kepada masyarakat di Kampung Spinang Rabu lepas.

Aktiviti memasak secara bergotong-royong telah berjaya mengeratkan lagi silaturahim antara petugas PAS kawasan Batang Lupar dengan penduduk setempat sekaligus memastikan objektif program telah tercapai.

Melalui program yang telah berlangsung juga PAS Kawasan Batang Lupar berharap dapat mendidik masyarakat setempat agar mencintai amalan bersedekah lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini sekaligus meraih ganjaran seperti sabda Rasulullah s.a.w

‏إن الصدقة لتطفىء عن أهلها حر القبور
“Sedekah akan memadamkan api seksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Targhib, 873)

Turut hadir bersama ialah Ustazah Aida Abdullah, Timbalan Ketua Lajnah Tarbiyah DMPNS bagi mewakili seluruh Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak.

Beliau berkata, program seumpama ini membuktikan bahawa elemen tarbiyyah dan dakwah PAS sentiasa seiring bersama agenda siasah untuk melahirkan masyarakat Islam yang mengamalkan Islam secara keseluruhan.