Home Artikel PAS Perak

Berkhidmat Walaupun Belum Mengangkat Sumpah ADUN

1,744 views
SHARE


Kesungguhan dan kegigihan berkhidmat sebagai wakil rakyat yang ditunjuk oleh Tuan Haji Razman Zakaria biar pun beliau masih belum mengangkat sumpah sebagai ADUN wajar di contohi oleh semua pimpinan PAS di pelbagai peringkat.

Sejak memenangi kerusi DUN N11 pada 9 Mei lalu, Tuan Haji Razman sentiasa bersama masyarakat dalam DUN Semanggol. Beliau turun ke lapangan masyarakat untuk menyantuni serta mendengar permasalahan rakyat untuk diketengah dan dipanjangkan kepada pihak berwajib. Setiap hari ada saja surau atau masjid yang akan dilawatinya.

Sepanjang bulan Ramadhan ini beliau telah berbuka puasa, mengimami solat berjamaah, memberikan tazkirah dan menyampaikan bantuan kepada ahli masyarakat yang memerlukan.

Sepanjang petang dan malam 7 Jun 2018, beliau sempat berada di tiga lokasi berlainan. Pada pukul 6.30 petang beliau hadir ke Surau Taman Indah Jaya bagi menyampaikan bantuan kepada pelajar dan insan yang memerlukan. Pada pukul 7.30 malam, beliau berbuka puasa dan mengimani solat maghrib berjemaah di Surau Al-Hidayah, Parit Gabis Bawah. Manakala pada pukul 8.45 malam beliau mengimani solat Isyak dan terawih serta menyampaikan Tazkirah Ramadhan di Surau Kampung Jaya, Semanggol.

Beliau turut menyantuni para petugas masyarakat yang bertugas malam bersama-sama Dewan Pemuda PAS Bagan Serai dalam Program Singgah Sahur dengan mengedarkan makanan untuk bersahur kepada mereka pejabat kerajaan, stesyen minyak dan plaza tol baru-baru ini.

Selain itu beliau tidak kekok meredah air untuk menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Bukit Merah sewaktu kawasan berkenaan dilanda musibah.

Begitulah contoh teladan yang telah beliau tunjukkan sebagai ADUN Gunong Semanggol dan Pesuruhjaya PAS Perak. Sama-sama kita doakan beliau dilimpahi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan khidmat sebagai kepimpinan yang telah di amanahkan.

ALLAHU AKHBAR.