Home Artikel PAS Sarawak

“Rindok Dekah Bubur Rakyat” Warnai Ramadan Masyarakat Batang Lupar.

79 views
SHARE

BATANG LUPAR – PAS Batang Lupar telah mengadakan program “Rindok Dekah Bubur Rakyat” iaitu edaran bubur kepada masyarakat di sekitar Batang Lupar selama tiga hari berturut-turut. Program edaran ini turut disertai oleh Ust Hj Wan Abdillah Wan Ahmad, YDP PAS Batang Lupar & Puan Hamidah Mokhtar, Setiausaha PAS Batang Lupar.

Program ini bermula pada hari Sabtu dengan edaran bubur pedas di sekitar Pusa, diikuti dengan edaran bubur kacang di sekitar Beladin dan Maludam pada hari Ahad.

Program berakhir pada hari Isnin di mana edaran bubur pedas dilakukan di Kpg Seberang, Sebuyau & Kpg Tebelu.

Hampir 1000 bungkus bubur telah disediakan bagi menjayakan program kepada penduduk sekitar Batang Lupar ini.

Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah di antara petugas PAS Kawasan Batang Lupar menerusi aktiviti memasak secara gotong royong & juga mendidik suasana suka bersedekah di kalangan masyarakat sesuai dengan namanya “Rindok Dekah”.

Sabda Rasulullah s.a.w

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ
أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

“Besar pahalo molah kei makan orang berposo tuk. Samo besar dengan pahala org yang poso ngan sik kurangkan pun pahala org poso ei” , ucap Ustaz Wan Abdillah kepada para petugas yang terlibat.

Walaupun PRU telah berakhir, program ini sebagai bukti bahawa PAS istiqomah meneruskan misi dakwah dan tarbiyyah kepada masyarakat.