DACS Selangor Duta Anak Muda | Department Of Art, Culture And Sport (DACS) Selangor
Oleh : Farid Laili
Ketua DACS Hulu Selangor
ULU YAM, 18 September – Baru-baru ni pada 16 september sempena Hari Malaysia, Alternative Riding Club atau lebih dikenali dengan nama ARC telah laksanakan 1 aktiviti Ride Sarapan.
Ride ini lebih kepada untuk merapatkan semula silaturrahim sesama ahli kumpulan motorsikal ARC yang telah lama tidak bersua akibat PKP.
Rider-rider ARC rata-rata dari lokasi tempat tinggal masing-masing mula berkumpul (atau RV) di Masjid Nurul Iman Serendah sebelum memulakan tunggangan (disebut tayar golek) ke lokasi yang dituju.
Jannah Food Station Desa Kaloi, Ulu Yam adalah lokasi sarapan yang telah dipilih oleh sekumpulan rider ini sebagai destinasi pertama yang dituju (atau lebih mesra disebut TTS) selepas PKP lalu.
Menu sarapan telur goyang, nasi lemak dan teh tarik antara yang menjadi pilihan ahli kumpulan.
Yang lebih mengembirakan adalah dapat ‘dine-in’ dan bersua muka dengan rakan-rakan rider ARC setelah lama tidak dapat menunggang bersama.
Turut sama dalam siri TTS Ride Sarapan kali ini adalah sdr. Nizam, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Hulu Selangor.
Ketua DACS Hulu Selangor, Sdr Farid Laili atau mesra dipanggil T.J.
Juga setiausaha beliau sdr. Akmalizan atau ijan yang merupakan setiausaha DACS Selangor serta sahabat-sahabat yang lain.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor