Home Artikel PAS Melaka

Ribut di Durian Tunggal | Banjir, pokok tumbang timpa rumah

278
SHARE

Oleh AHMAD KAUTSAR

ALOR GAJAH, 7 Apr: Hujan lebat dan angin kuat telah menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang menimpa rumah beserta banjir berlaku di beberapa kawasan sekitar Durian Tunggal di sini, kelmarin.

Sejurus kejadian itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk sekitar bergegas datang memberi bantuan menyelamat.

Mereka turut menjalankan kerja-kerja memotong pokok yang menimpa rumah selain membantu memindahkan mangsa banjir yang berlibat di Kampung Bukit Tambun dan Padang Kerbau.

Sementara itu Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Melaka, Mohsin Ibrahim, Ahli-ahli Jawatankuasa Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Durian Tunggal dan wakil Jawatankuasa BERSATU Bahagian Alor Gajah turut melakukan lawatan bagi meninjau kawasan yang terlibat.

Mereka turut menghulurkan bantuan berbentuk kit makanan asas untuk meringankan bebanan mangsa-mangsa bencana alam ini.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL SARI IBU         .