Home Berita PAS Sabah

Retreat Dewan Muslimat PAS Tawau rangkah Pelan Tindakan Strategik

124
SHARE

Oleh : Anna Tan                                                           2 Januari 2022

TAWAU :

TAWAU : Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) telah mengadakan ‘Retreat’ iaitu pemukiman selama sehari, bertempat di sebuah premis sekolah swasta di Bandar Sri Indah, di sini, kelmarin.

‘Retreat’ atau pemukiman yang dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa kerja dan Ketua-Ketua Muslimat Cawangan itu adalah untuk merancang Pelan Tindakan Strategik DMPKT untuk tahun 2022 hingga 2023.

Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti, Darma Fattah berkata ‘retreat’ tersebut adalah bertujuan untuk memperkasakan organisasi dengan menyusun gerak kerja secara sistematik dan berfokus.

Semasa memberi ucapan alu-aluan Darma turut memperingatkan AJK yang hadir akan kata-kata nasihat Saidina Ali bahawa sesuatu kebaikan yang dibuat secara tidak tersusun akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang dibuat secara tersusun.

Sementara itu Ketua DMPK Tawau, Mandin Ladale  telah menyampaikan ucapan pada majlis penutupan program tersebut.

Dalam ucapannya, Mandin mengingatkan para para peserta bahawa  ilmu-ilmu yang di dapat dalam program tersebut merupakan ilmu-ilmu yang sangat penting  dalam melaksanakan gerak kerja parti.

” Saya mendoakan agar kita mendapat kekuatan daripada Allah SWT dalam semasa menjalankan segala aktiviti yang dirancang” kata Mandin.

Retreat tamat pada jam 4.00 petang.