Home Berita PAS Wilayah

Kak Nuri bantu mangsa banjir di Kampung Chubadak Tambahan

70
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 28 Dis- YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Wangsa Maju mengadakan penyerahan bantuan kepada mangsa banjir di kampung Chubadak Tambahan, Sentul semalam.

“Hujan lebat berterusan sejak pagi Jumaat hingga Sabtu lalu menyebabkan kawasan perumahan di kampung berkenaan dilanda banjir kilat,” jelas YB Kak Nuri.

Menurut seorang penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Nurfarhani Baharudin, 27, bantuan yang diterima benar-benar membantu mereka memulakan semula kehidupan harian.

“Tanpa bantuan ini, kami mungkin belum boleh balik ke rumah kerana tidak ada apa-apa yang boleh digunakan untuk memasak makanan, alas tidur dan sebagainya,” ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Muhd Nur Azmi, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Wangsa Maju, Siti Aminah dan ahli jawatankuasa Madrasah Ikhlasiah.