Home Berita PAS Sabah

Kenyataan Media PAS Kawasan Putatan Negeri Sabah

99
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN PUTATAN NEGERI SABAH

SIAPSIAGA HADAPI BENCANA ALAM, PAS PUTATAN SEDIA GERAKKAN PETUGAS HADAPI BENCANA BANJIR

1. PAS Kawasan Putatan mengambil maklum terhadap amaran yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia akan keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan yang dijangka berterusan mengakibatkan banjir. Mengikut tinjauan yang terkini, di beberapa lokasi seperti di Sandakan, Kinabatangan, Kota Belud sudah mula dinaiki air dan lebih seribu mangsa banjir telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

2. Justeru, PAS Kawasan Putatan telah bersiapsiaga untuk membuka bilik gerakan bantuan bencana dan akan menggerakkan entiti kebajikan PAS iaitu Jabatan Amal dan Briged Muslimat sebagai langkah persediaan menghadapi musibah banjir di parlimen Putatan dan kawasan sekitar.

3. PAS Kawasan Putatan juga akan menghulurkan bantuan kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan agensi keselamatan untuk memastikan masyarakat terus dibantu jika berlaku sebarang kemungkinan musibah banjir.

4. Masyarakat juga diingatkan untuk terus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi arahan pihak berkuasa serta memastikan keselamatan diri dan keluarga diutamakan ketika berhadapan dengan apa jua musibah.

Putatan Sejahtera.

2 Januari 2022 | 28 Jamadil Awal 1443H

TUAN HAJI KHAIRAN BIN UNTOH
Timbalan Yang Dipertua,
PAS Kawasan Putatan.