Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Resolusi Impak 2017

925
SHARE

RESOLUSI IMPAK 2017

1. Ulamak di semua peringkat mesti bersiap sedia menghadapi PRU-14 bermula daripada sekarang. Persiapan tersebut hendaklah merangkumi aspek aqidah dan fikrah, jentera pelaksana termasuk penceramah kelompok serta dana pembangunan tarbiyah yang ampuh.

2. Ulamak di setiap peringkat hendaklah memulakan munajat berkala bermula sekarang di markaz-markaz secara mingguan atau dwi mingguan bagi meraih nusrah Allah SWT.

3. Ulamak di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan mestilah berusaha mengumpulkan dana PRU-14 yang secukupnya sekurang-kurangnya RM 30 ribu setiap negeri.

4. Ulamak di semua peringkat mestilah menguasai kefahaman berkenaan BPMS, WINS, isu-isu ekonomi dan sosial agar mampu memberikan penjelasan dan ceramah mengenai penyelesaian Islam.

5. Ulamak diperingkat Negeri/Wilayah Persekutuan mestilah memantau urusan Ulamak kawasan untuk memastikan sekurang-kurangnya 10 orang penceramah kelompok setiap kawasan dapat digerakkan.

6. Ulamak Negeri/Wilayah Persekutuan mestilah berusaha menguasai surau dan masjid sebagai plattform untuk memberikan kefahaman islam yang syumul termasuk kupasan isu-isu semasa secara ilmiah.

7. Ulamak setiap peringkat mestilah terkehadapan dalam isu antarabangsa dan gerak kerja kemanusiaan terutamanya daripada sudut penerangan dan dana kebajikan.

Ijtimak Pecutan Akhir Ulamak PRU14 (IMPAK’17)

Dewan Dato’ Ustaz Hj. Fadhil Mohd Noor, KUIZM, Taman Melewar, Gombak, Selangor D.E.

27 Muharram 1439H / 18 Oktober 2017 (Rabu)