Home Berita PAS Pahang

SIRI 1 l THE RETURN OF AKU DAN PAS

639
SHARE

Setelah lebih dua tahun buku coretan Aku dan PAS diterbitkan, saya mengambil masa yang panjang untuk menyambung kembali coretan ini, hari ini barulah terlintas untuk mencoretkan kembali dan menyambung coretan pengalaman sepanjang berada didalam bahtera PAS.

Setelah berkali-kali sahabat-sahabat meminta saya menyambungnya kembali, saya cuba menggagahi walaupun rasanya saya tidak segagah dulu, dengan urusan dan amanah yang semakin menyengetkan bahu menjadikan masa begitu terbatas dan hampir memenjarakan minta untuk menulis.

Siri AKU DAN PAS kini sedang dalam proses untuk diterbitkan bagi siaran Radio Hijau FM, InsyaAllah adalah nanti saya bersiaran disana, itupun makan masa yang panjang untuk buat sesi rakaman, biasalah bila umur semakin tua, amanah semakin berat, pergerakan pun semakin perlahan, minda pun semakin lemah, pantang letak kepala, terus mimpi, itu pun jenis ‘mimpi yang tak sudah’, sebab tidur orang tua mudah terjaga.

Namun keindahan pengalaman berlayar bersama PAS sentiasa bergentayangan. Setelah lebih separuh usia bersamanya, tidak mungkin ianya boleh dilupakan, keindahan itulah yang saya cuba lukiskan di dalam coretan ini, sesuatu yang baik, indah dan cantek sebaiknya kita kongsikan bersama walaupun saya didalam PAS ini hanyalah seperti sebiji pasir ditengah padang pasir ‘ada..tapi tak kelihatan, dek kerana kecilnya saya’.

YB UST. ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA 
PAS NEGERI PAHANG