Home Berita PAS Melaka

Rencana : Tujuh tahun pemergian abah (Ustaz Ab Ghani Ab Rahman)

552
SHARE

Oleh USTAZ AMIR MUTTAKIN AB GHANI

20.4.1945 – 19.05.2014 – 7 tahun dalam kenangan

SUDAH tujuh tahun arwah abah Ustaz Ab Ghani bin Ab Rahman hafizahullah tinggalkan kami semua. Semuanya tinggal kenangan buat kami. Hari ini, ulangtahun kelahiran abah yang ke 76.

Bulan Ramadan terlalu banyak kenangan indah dan istimewa kami dengan arwah abah. Sehingga saat akhir hayat hidup abah, beliau masih mementingkan lagi tentang solat jemaah dan khatam Quran di bulan Ramadan.

Biasanya bulan Ramadan adalah bulan yang sibuk bagi abah. Memenuhi jemputan tazkirah, ceramah, kuliah dan khatib jemputan di seluruh pelusuk bumi Malaya.

Suara serak abah menjadi igauan anak muridnya. Bahkan, sehingga hari ini masih ramai yang tampil bertemu dengan saya mengakui tentang keunikan abah menyampaikan dakwah.

Kini, segalanya menjadi sejarah terindah buat kami. Dalam kesedihan, kami tetap berbangga punya abah yang berjasa dalam dunia dakwah.

Kami doakan abah berbahagia di sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa abah dan kesilapan yang abah lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Ya Allah, jauhilah abah daripada azab kubur. Tenanglah dikau di sana dengan rahmat-Nya.

Penulis adalah anak kepada Almarhum Ust Ab Ghani Ab Rahman mantan AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Melaka

Tulisan ini dipetik daripada catatan FB Ustaz Amir Muttakin

Ustaz Amir Muttakin Ab Ghani

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .