Home Berita PAS Melaka

Rencana | Sekatan pergerakan sendiri (Self Lockdown) sukarela dan alternatif rakyat

275
SHARE

Oleh MOHSIN IBRAHIM

UNTUK beberapa hari yang lepas rakyat diseru supaya melakukan Self Lockdown bermaksud pergerakan kawalan diri yang dilakukan secara sukarela.

Kerajaan telah banyak berusaha dan memperkenalkan pelbagai garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk kita menjaga diri dan keluarga kita.

Walaupun Covid-19 telah bersama kita lebih dari satu tahun serta pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendung penularan virus ini, tapi kita masih belum menang.

Mengikut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Melaka sahaja semalam (23 Mei 21) terdapat 209 kes positif serta enam kematian. Ini menjadikan keseluruhan kes di Melaka hampir mencecah 10 ribu kes dengan 44 kematian.

 

Enam langkah utama untuk menjayakan Self Lockdown ini ialah:

1.Membeli barangan keperluan harian seminggu sekali.

2.Mengisi minyak kenderaan penuh tangki.

3.Solat jemaah bersama keluarga di rumah, bukannya di surau atau masjid.

4.Memaksimakan pembelian keperluan secara dalam talian.

5.Polisi sifar tetamu.

6.Jika perlu berbelanja pergilah ke kedai yang paling hampir.

Matlamat utama daripada langkah-langkah di atas adalah untuk meminimakan pergerakan dan mengurangkan interaksi dalam kalangan orang ramai.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita perlu membantu usaha ini kerana kita tidak tahu siapa di antara kita yang bergejala dan jalan terbaik adalah menjauhkan diri daripada mereka yang tiada keperluan untuk kita berjumpa.

Penulis adalah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Negeri Melaka

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .