Home Artikel PAS Melaka

Rencana : PRK Kimanis – BN Dijangka Kekalkan Kerusi Dengan Majoriti Yang Lebih Besar

527
SHARE

Oleh : Rafie Bin Ahmad

Berbaki tidak sampai 24 jam menjelang hari pengundian, seramai 29 ribu lebih pengundi yang berdaftar untuk Parlimen P176 Kimanis bakal menentukan siapakah ahli parlimen mereka yang baru. Pertandingan satu lawan satu di antara calon Parti Warisan dan Barisan Nasional menarik minat pemerhati politik di seluruh tanahair

Penulis yang berada di sini sejak tiga hari lepas mendapati kempen-kempen dan kerja-kerja merayu undi semakin rancak dijalankan menjelang hari-hari terakhir pemilihan. Hari ini adalah hari terakhir kempen dijalankan sebelum hari pengundian pada hari Sabtu, 18 Januari 2020. BN diwakili oleh muka baru yang juga seorang peguam lulusan UIAM, Datuk Mohamad Bin Alamin atau lebih dikenali sebagai Datuk Mo oleh penduduk tempatan manakala Warisan diwakili oleh muka lama iaitu Datuk Karim Bujang

Di antara isu panas yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang iaitu BN sepanjang tempoh kempen ini adalah isu Pas Sementara Sabah atau PSS yang dijangka akan dilaksanakan oleh kerajaan Warisan mulai 16 Jun 2020 ini. Sebanyak hampir 136,000 kad PSS akan dikeluarkan dan keadaan ini amat membimbangkan di mana jumlah PTI atau pendatang tanpa izin di Sabah akan lebih meningkat setelah PSS ini dilaksanakan. Rata-rata pengundi yang ditemui menentang keras PSS ini

Di samping itu, bebanan sara hidup, kenaikan harga barangan keperluan serta janji-janji manifesto yang belum ditunaikan seperti penurunan harga petrol dan pemansuhan PTPTN meyaksikan sepanduk-sepanduk atau kain rentang yang berbunyi “UBAH BALIK” serta “RADU TETAP RADU” terpampang di sepanjang jalan-jalan utama di Kimanis ini.

Dari kempen-kempen yang dijalankan samada di kedai-kedai, pasar atau rumah ke rumah, hampir kebanyakan mereka yang ditemui berjanji untuk memberi undi kepada calon BN. Bekas ahli Parlimen Kimanis yang dibatalkan kemenangannya oleh pihak mahkamah, Datuk Anifah Aman juga dilihat berkempen bersama jentera BN dan berjanji akan memastikan pengikut-pengikut beliau mengundi calon dari BN.

Berbaki tidak sampai 24 jam dari sekarang, BN dijangka akan mengekalkan kerusi P176 Kimanis dengan majoriti yang lebih besar berbanding dengan majoriti tipis yang diperolehi oleh mereka dalam PRU14 sebelum ini iaitu 176 undi saja.

Kehadiran petugas-petugas PAS bersama pasukan BN dalam kontek Muafakat Nasional (MN) sepanjang tempoh kempen di sini juga dilihat mempunyai “WOW Factor” yang menarik minat pengundi untuk memilih calon BN kerana meraka mempercayai kredibiliti, kejujuran dan keikhlasan yang ada pada pimpinan dan ahli PAS itu sendiri.

Sama-sama kita tunggu keputusan yang akan diumumkan oleh pihak SPR pada sebelah malam, 18 Januari ini.

Penulis adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu dan kini sedang membantu kempen BN di PRK Kimanis Sabah.