Home Melaka

Rencana | Penyokong PAS-PN dibayar?

558
SHARE

Oleh IBNU JANIE

KETUA Penerangan Umno Malaysia, Isham Jalil dalam satu laporan portal Umno Online pada 29 Disember menuduh Perikatan Nasional (PN) merasuah pengundi untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ini adalah naratif yang dibawa oleh pakatan BN-PH akhir-akhir ini sebagai satu cara untuk memalitkan sekali PN dengan isu integriti memandangkan Umno yang memang sudah sebati dengan imej rasuah kini sudah bersekongkol dengan PH.

Dahulu PH boleh mengaku yang mereka bersih. Namun setelah mereka bersatu dalam satu gabungan kini rakyat melihat PH juga sudah hilang integritinya sama dengan Umno.

Situasi semasa ini menjadikan hanya PN yang benar-benar bersih dalam politik tanah air. Jadi untuk menjadikan rakyat Malaysia memandang semua parti sama sahaja, mereka bawa naratif bahawa PN pun sama tidak berintegriti.

Yang lucunya, pemimpin-pemimpin PH-BN bukan hanya memburuk-burukkan PN dengan memfitnah bahawa PN menyogok pengundi untuk menang, malah taktik kotor ini digunakan sesama sendiri.

Baru-baru ini semasa mengulas tentang tindakan Khairy Jamaluddin (KJ) yang menentang tindakan pimpinan tertinggi Umno yang tidak mahu dua jawatan tertinggi dipertandingkan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut menggunakan cara yang sama.

Jamal mendakwa kumpulan perwakilan berteriak ‘boo’ ketika ucapan usul tambahan berkaitan jawatan penting parti di Perhimpunan Agung UMNO 2022 dibayar sebanyak RM300 oleh KJ.

Senang betul mereka ‘buat duit’, senang kerja. Sesiapa sahaja yang tidak memihak kepada PH-BN, apa sahaja yang mereka atau penyokong mereka lakukan akan dituduh sebagai dibayar. Dengan menggunakan naratif ini mereka cuba merosakkan nama musuh-musuh mereka.

Bercakap tentang Umno-BN ini, semua orang tahu yang mereka ini tidak boleh bergerak jika tiada duit. Jika mereka mahu meramaikan program mereka perlu bagi duit, makanan, kenderaan, baju, topi dan lain-lain, baru ahli mereka mahu hadir.

Orang-orang PAS-PN tidak dibayar untuk hadir program, malah sampai di program keluar duit lagi bagi derma kepada parti. Itu belum lagi geng-geng yang rajin pergi ceramah sehingga rentas negeri. Mereka ini akan mencari di mana sahaja pimpinan berceramah, mereka berkongsi kereta dan duit minyak serta duit belanja sendiri ke program tersebut.

Malah semasa banyak demonstrasi dahulu mereka juga menuduh peserta demonstrasi dibayar sekian-sekian jumlah. Mereka mati-mati tidak percaya bahawa penyokong-penyokong PAS semuanya pergi ke program tanpa dibayar. Jauh sekali untuk meminta bayaran bagi memberi undi pada PAS.

Ini kerana mereka telah berada dalam kelompok ahli parti mereka yang kuat ‘makan duit’. Logik akal mereka langsung tidak boleh menerima situasi ini kerana mereka melihat pada penyokong-penyokong mereka yang sentiasa kelaparan dan perlu disogok untuk melakukan sesuatu. Mereka menganggap semua manusia pelahap seperti penyokong-penyokong mereka.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 23-26 Januari 2023

 

Baru-baru ini Presiden PAN, Mohamad Sabu pula mengulangi persoalan yang bermain di benaknya yang benak itu tentang bagaimana kononnya jentera PAS bergerak dengan dana yang besar. Kata ‘abang Mat’ Pemuda PAS zaman dulu-dulu ‘tiada bulu dada’ kerana mencari buluh di hutan setiap kali pilihan raya. Sehingga jentera PAS menggunakan kren untuk menaikan bendera semasa pilihan raya pun abang Mat jadikan isu.

Semasa penulis kanak-kanak sekitar awal tahun 80an dahulu apabila kenduri kahwin, orang kampung akan ke hutan mencari buluh untuk membuat khemah atau penanggah tempat makan jemputan.

Namun zaman berubah. Pada hari ini orang sudah menyewa kanopi untuk majlis kenduri kahwin. Makanan pun tempah katering. Tidak ada lagi orang yang miskin yang masuk ke hutan mencari buluh membuat khemah apabila anak mereka kenduri kahwin.

Begitu juga dengan PAS. Ahli-ahli PAS ramai dan sentiasa sedia memberikan sumbangan bagi memastikan parti berada dalam keadaan teguh dan gagah untuk ‘bertempur’. Sebab itu PAS boleh buat bangunan sendiri dan sekolah sendiri yang gah seperti bangunan PAS Kedah. Jangan ingat semua penyokong parti lain sama macam penyokong BN-PH.

Abang Mat pun tahu bahawa kempen PH pada PRU-15 juga ‘super mewah’ bersama artis dan pemimpinnya yang menggunakan helikopter untuk berkempen. Itu kira macam mana pula abang Mat?

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH