Home Melaka

Rencana | Pendakwaan terpilih pemimpin PN buat bekalan BN-PH masuk PRN

531
SHARE

Oleh IBNU JANIE

PILIHAN Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri akan berlaku tidak lama sahaja lagi. Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, Pakatan Harapan (PH) mendapat kerusi yang merosot terutama di kawasan Melayu.

Mereka gagal untuk mengekalkan 113 kerusi yang dimenangi pada PRU-14. Mereka hanya beroleh 82 kerusi sahaja pada PRU15. Merosot 31 kerusi! Satu jumlah yang besar!

BN lebih teruk lagi. Umno parti tunjang utamanya merosot teruk daripada 54 kerusi Parlimen pada PRU-14 tinggal 26 kerusi pada PRU-15! Merosot lebih separuh!

Yang melonjak pencapaiannya ialah Perikatan Nasional (PN) daripada sekitar 30 kerusi asal yang dimenangi PAS dan Bersatu pada PRU-14 melonjak kepada 74 kerusi pada PRU-15. Dan di kebanyakan tempat yang kalah PN berada pada kedudukan kedua.

Apabila dua parti yang sedikit demi sedikit ditolak rakyat ini iaitu PH dan BN ini bergabung selepas PRU-15, ia tidak dapat menggabungkan kesemua kekuatan mereka. Ia tidak semudah 5 + 5 = 10. Ia mungkin jadi 5+5= 7 atau 5+5 = 12.

Ini adalah kerana dalam kalangan penyokong mereka yang masih berpegang pada prinsip masih tidak mahu memberikan sokongan kepada parti satu lagi dalam PRN yang bakal berlangsung nanti. Ini yang menakutkan mereka.

Penyokong-penyokong PH yang benar-benar ikhlas anti-rasuah tidak akan tergamak mengundi BN. Penyokong-penyokong BN yang anti-DAP tidak akan tergamak mengundi PH dalam PRN nanti.

Lebih dari itu golongan atas pagar yang selama ini mengundi PH atas sikap PH yang kononnya anti-rasuah tidak lagi akan menyokong PH yang tiba-tiba bersekongkol dengan perasuah.

Pada PRU-15 PN menjadi alternatif terbaik berbanding mengundi PH atau BN kerana tiada pemimpinnya yang ada kes mahkamah dan ia tidak bersekongkol dengan DAP. Namun dengan penggabungan PH dan BN maka PN semakin jadi alternatif yang jauh lebih baik dari dahulu!

Hakikatnya, bukan perkara mudah untuk penyokong-penyokong PH untuk menerima PH yang kononnya juara anti-rasuah untuk bergabung dengan parti yang terkenal dengan rasuah Umno-Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

 


Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor, Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 13 Mac 2023.



 

Badi lagu Hoi Ya Hoi yang dicipta PH untuk menghentam BN terus menghantui PH apabila parti yang mereka ganyang selama ini akhirnya menjadi sekutu.

Semasa pilihan raya Parlimen Padang Serai lagu Hou Ya Hoi tiba-tiba bertukar menjadi lagu tema PN apabila ia dinyanyikan penyokong-penyokong PN meraikan kemenangan di situ. ‘Bera’ muka penyokong-penyokong PH melaluinya.

Jadi mereka perlu satu penampan atau kusyen untuk mengurangkan kesakitan mereka setiap kali lagu Hoi Ya Hoi dinyanyikan semula oleh penyokong-penyokong PN.

BN memanglah ada kluster mahkamah. Dan jangan lupa PH pun ada kluster mahkamah yang kes mereka masih belum selesai. Yang tak ada kluster mahkamah ialah PN sahaja.

Kerana itu mereka sangat terdesak untuk memastikan PN juga ada kluster mahkamah. Kononnya supaya PN tidak boleh menyanyikan lagu Hoi Ya Hoi itu buat PH-BN. Namun itu tidak mungkin berlaku.

Mereka berharap agar mereka dapat bercakap bagaikan Hikayat Pak Pandir yang kematian anak yang tercicir di tengah jalan semasa hendak dikebumikan kerana kebodohan Pak Pandir sendiri.

Dalam perjalanan Pak Pandir balik dari kubur dia ternampak mayat anaknya yang disangka mayat anak orang lain. Bila dia balik ke rumah dia pun berkata pada isterinya Mak Andeh “Jangan sedih Mak Andeh, bukan kita sahaja kematian anak, orang lain pun ada kematian anak juga”.

Sekurang-kurangnya dengan mengada-adakan pertuduhan terhadap pimpinan PN terutama ‘big-boss’nya Tan Sri Muhyiddin Yassin maka mereka dapat mengkucar-kacirkan sokongan rakyat terhadap PN.

PH tidak dapat membersihkan diri mereka yang terpalit dengan BN yang terkenal dengan rasuah. Malah PH sendiri pun ada kluster mahkamah. Apatah lagi BN, lebih-lebih lagi tidak dapat membersihkan diri mereka yang ‘sejak azali’ tercemar.

Mereka sangat berharap agar pendakwaan terpilih ini akan dapat menjadi sesuatu yang menjadikan rakyat melihat bahawa PN sama sahaja dengan PH-BN. Sekurang-kurangnya tidaklah rakyat berpusu-pusu menyokong PN dalam PRN nanti. Itulah tujuan mereka.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor, Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 13 Mac 2023.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH