Home Melaka

Rencana | Mengapa majoriti Melayu bakal tolak PH-BN pada PRN 15?

1199
SHARE

Oleh IBNU JANIE

DALAM membuat keputusan parti mana yang ingin diundi oleh pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lepas, ada dua faktor besar yang memainkan peranan penting iaitu, pertama isu rasuah dan integriti dan yang kedua dominasi orang Melayu dalam kerajaan dan kerjasama dengan DAP.

Jadi, pengundi-pengundi Melayu pada masa itu sebenarnya terbahagi kepada tiga kumpulan besar.

Kumpulan yang pertama ialah mereka yang mahu melihat orang Melayu kekal dominan dalam kerajaan, menolak DAP, tetapi toleran dengan isu rasuah. Golongan ini mereka mengundi BN.

Kumpulan yang kedua ialah mereka yang anti rasuah tetapi tidak kisah tentang dominasi orang Melayu dalam kerajaan dan kerjasama dengan DAP. Mereka ini majoriti mengundi PH

Kumpulan yang ketiga ialah orang-orang Melayu yang anti rasuah, tetapi dalam masa yang sama mereka tetap mahu dominasi Melayu dalam kerajaan dan menolak kerjasama dengan DAP. Golongan ini adalah mereka yang mengundi Perikatan Nasional (PN).

Pada masa itu, parti yang teruk diserang dalam isu rasuah ialah BN, terutamanya oleh PH sendiri sehingga pemimpin BN dilabel penyamun.

Walau pun hakikatnya PH juga terpalit dengan isu rasuah semasa pentadbiran mereka peringkat negeri tetapi BN dilihat lebih kritikal dalam isu ini.

Menggunakan strategi ‘satu batu bunuh dua ekor burung’, PH menggunakan kempen mengundi PN bererti mengundi BN. Begitu juga BN, menggunakan kempen mengundi PN bererti mengundi PH.

Sedikit sebanyak pengundi ‘termakan’ juga kempen ‘mengundi PN bererti mengundi BN’ oleh PH memandangkan PN dengan BN memang sebelum itu baru sahaja berkolobrasi bersama membentuk kerajaan pada tahun 2020.

Jadi orang Melayu yang mahu dominasi Melayu dalam kerajaan tetapi anti-rasuah yang sepatutnya mengundi PN, tetapi termakan dakyah ini telah mengundi PH, kerana sangat anti-BN dan rasuah.

 



 

Sementara kempen BN bahawa ‘mengundi PN bererti mengundi PH’ juga masuk akal pada masa itu memandangkan PAS dan Bersatu memang pernah satu kapal dengan PKR dan DAP.

Jadi golongan yang mahu Melayu dominan dan anti DAP tetapi dalam masa yang sama tidak toleran dengan rasuah yang sepatutnya mengundi PN telah mengundi BN kerana termakan dengan kempen BN tadi kerana sentimen anti-DAP.

Tetapi pada masa itu jika PN melabel bahawa mengundi PH bererti mengundi BN atau mengundi BN bererti mengundi PH memang nampak seperti tidak masuk akal. Pada masa itu seolah tidak mungkin BN yang rasuah diterima PH dan tidak mungkin PH yang ada DAP diterima BN.

Yang menariknya sekarang ini mereka sudah bergabung. Jadi pada PRN15 di enam buah negeri nanti, PH tidak boleh lagi memalitkan PN dengan BN seperti yang mereka lakukan pada PRU15 dahulu. BN juga tidak boleh memalitkan PN dengan PH bagi mengurangkan undi PN.

Golongan yang anti DAP tetapi toleran rasuah yang selama ini menyokong BN sebahagian besar akan beralih kepada PN kerana mereka tidak boleh terima BN bergabung dengan DAP.

Sementara golongan yang anti rasuah tetapi toleran dengan dominasi orang Melayu yang selama ini menyokong PH juga akan beralih kepada PN. Ini kerana mereka tidak boleh menerima apabila PH bergabung dengan BN yang korup.

Kerana itu sangat penting dalam tempoh mereka berkuasa ini mereka melakukan pendakwaan terpilih terhadap pemimpin-pemimpin PN kerana imej ‘penyamun’ sekarang ada pada PH-BN. Jadi dapatlah mengurangkan imej bersih PN. Namun rakyat tidak akan ‘termakan’ taktik kotor mereka kali ini.

Kempen dengan memalitkan PN dengan PH dan BN dahulu adalah taktik jahat paling kotor mereka. PH memalitkan titik lemah BN pada PN, sementara BN memalitkan titik lemah PH pada PN supaya pengundi lari dari PN.

Hakikatnya pemimpin PH dan BN dari awal lagi tahu bahawa mereka akan bergabung bersama. Dan mereka telah mendapat kerusi-kerusi yang mereka menang dengan memainkan sentimen dan menipu penyokong masing-masing.

Jadi pada PRN15 ini, mengundi PN adalah bererti mengundi PN semata-mata dan PN adalah opsyen terbaik orang-orang Melayu yang anti rasuah dan anti-DAP.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Jumaat bertarikh 31 Mac 2023

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH