Home Melaka

Rencana | Palsunya perjuangan anti rasuah mereka dahulu

481
SHARE

Oleh IBNU JANIE

BARU-baru ini penulis bertemu dengan seorang rakan yang merupakan penyokong kuat Pakatan Harapan (PH). Lama juga tidak berjumpa semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) 15 rasanya. Teringin hendak ‘mengusik’ tentang hubungan ‘intim’ PH dan BN yang sebelum PRU itu sakan bergaduh.

Namun apa yang penulis dapat, agak mengejutkan. Beliau bukan sahaja tidak lagi marah pada Umno-BN, malah sudah mula memuji-muji pemimpin Umno-BN. Terkedu juga penulis mendengar kata-katanya!

Sekarang ini, dalam maksud katanya seolah-olah pemimpin Umno-BN bukan lagi penyamun yang dibenci seperti yang mereka sendiri tuduh semasa dan sebelum kempen PRU-15. ‘Jeng’ juga ‘kepala otak’ penulis memikirkan apa sudah jadi dengan rakan penulis itu.

Di peringkat awal-awal dulu penyokong-penyokong PH agak malu-malu apabila diusik dengan penggabungan mereka dengan Umno-BN. Walau pun pemimpin tertinggi mereka mengaturkan ‘perkahwinan’ ini namun ahli-ahli bawahan menerimanya dengan berat dan dengan alasan ia tidak dapat dielakkan dan ‘titah Yang di-Pertuan Agong’.

Pada masa itu mereka masih lagi tidak mahu dikatakan sudah berkawan dengan Umno-BN. Hanya bergabung membentuk kerajaan kerana terpaksa.

Itu pada penyokong PH. Namun ini tidak menjadi masalah kepada sebahagian besar orang-orang Umno-BN yang tidak kisah apa pun terjadi, yang penting dapat jadi kerajaan, mereka akan tersenyum dan menerimanya. Yang malu-malu ini orang-orang PH.



 

Jika kita ingat lagi pada PRU-14 dahulu selepas sahaja PH memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan maka yang pertama mereka buat ialah mendakwa pemimpin-pemimpin Umno-BN yang dikatakan terlibat dalam salah guna kuasa.

Kes 1MDB dibongkar dan Najib Razak didakwa. Begitu juga dengan mereka yang menerima wang 1MDB. Habis semua ‘tersongket’. Begitu juga dengan kes-kes rasuah dan salahguna kuasa selain dari 1MDB yang dilakukan pemimpin Umno-BN.

Tetapi pada masa itu hanya beberapa kerat sahaja pemimpin BN yang didakwa. Mungkin PH boleh mengatakan tindakan mereka mendakwa kes salah laku rasuah itu terbantut setelah PN-BN mengambil alih kerajaan separuh jalan semasa ‘Langkah Sheraton’.

PH sebelum PRU14 menggasak Umno-BN sehingga terduduk dan tersungkur. Bermakna perlakuan rasuah itu mestilah melibatkan ramai pemimpin mereka. Takkanlah hanya Najib Razak, Zahid Hamidi, Abdul Azeez Abdul Rahim dan beberapa orang sahaja yang terlibat dengan rasuah.

Jika dua tiga kerat sahaja pemimpin Umno-BN yang rasuah tidaklah teruk sangat parti itu. Tidaklah seperti yang dipasakkan oleh PH dalam kepala setiap rakyat Malaysia sehingga Umno-BN ‘tergolek dog’ pada PRU14.



Jika pemimpin Umno-BN ini penuh dengan pemimpin-pemimpin yang rasuah maka sepatutnya pada masa PH memerintah sekarang mereka sepatutnya sudah mula menyiasat semula kes-kes lain melibatkan pemimpin Umno-BN. Tetapi tidak pula kita mendengarnya. Yang mereka sibukkan ialah mereka-reka cerita kononnya pemimpin-pemimpin PN yang terlibat dengan rasuah.

Semasa mula membentuk kerajaan selepas PRU-15 dahulu Anwar Ibrahim ada menyebut tentang kemungkinan mendakwa bekas pemimpin-pemimpin Umno-BN yang dikatakan melompat ke Bersatu dan kemudiannya tidak didakwa atas tuduhan menerima wang 1MDB setelah melompat.

Tetapi yang kita lihat salah seorang daripada penerima wang terkait dana 1MDB, Shahrir Samad telah ditarik balik kes penggubahan wang haramnya oleh pendakwaraya. Baru-baru ini juga pendakwaraya telah menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membatalkan pelucutan hak milik 11 entiti dan individu yang terkait dana 1MDB.

Sekarang ini pun 1MDB tidak lagi menjadi trending seperti semasa PH baru membentuk kerajaan selepas PRU14 dahulu seolah-olah ia sudah disejukbekukan. Adakah sebenarnya tiada kesalahan yang berlaku pada 1MDB?

Sebaik sahaja PH menjalinkan kerjasama dengan Umno-BN dan melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sebenarnya telah menjadikan rakyat terutama penyokong PH semakin lunak dengan pemimpin-pemimpin yang dulu mereka tuduh korup.

Dan pada waktu ini rakyat sedikit dilihat sudah mula boleh menerima pemimpin-pemimpin yang rasuah ini untuk menjadi pemimpin negara. Beberapa tokoh NGO berkaitan rasuah yang dulu lantang juga mulai ‘mandom’.

Ini adalah hasil daripada tindakan PH yang mengangkat pemimpin-pemimpin rasuah ini umpama telah dinormalisasi dan disucikan. Munafiknya perjuangan anti rasuah mereka dahulu!

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka


Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 6 Februari 20231

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH