Home Rencana PAS Pahang

RENCANA | Masa, di mana dihabiskan?

324
SHARE

Oleh: FARIDAH KAMARUDDIN

Jalan yang sedang kita rintis ini adalah jalan Islam, jalan yang telah di lalui oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan satu-satunya jalan yang Allah SWT reda. Ianya bukanlah semudah seperti yg kita sangkakan, ianya penuh ujian dan menuntut kesabaran.

Sudah tentu juga ia memerlukan atau menuntut kepada pengorabanan yg sangat kuat. Cukuplah Allah SWT bagi kita sebagai penolong.

Sabda Rasulullah SAW tentang persoalan kemana manusia menghabiskan masanya, umurnya, hartanya, ilmunya dan fizikalnya yang bermaksud, “Tidak akan melangkah dua telapak kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai dia ditanya (dimintai pertanggung jawaban) tentang umurnya kemana dihabiskannya, tentang ilmunya bagaimana dia mengamalkannya, tentang hartanya; dari mana diperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, serta tentang tubuhnya untuk apa digunakannya” (HR Tirmidzi).

Dan firman Allah SWT dalam surah Al-Ashr ayat 1 hingga 3, menjelaskan tentang kerugian dan sia-sianya kehidupan manusia kalau tidak mempergunakan masanya dengan amalan-amalan soleh yang mengikut peraturan agama-Nya.

: وَالْعَصْرِۙ

Demi masa

– Allah SWT bersumpah demi masa yang dimaksud sebagai umur. Sebab, umur merupakan nikmat terbesar yang diberikan Allah SWT kepada manusia.

اِنَّ الْاِنْسَانَ لَفِيْ خُسْرٍۙ

Sungguh, manusia berada dalam kerugian

– Peringatan Allah SWT mengenai kerugian yang dialami oleh manusia bila tidak beriman kepada Allah SWT.

اِلَّا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ ەۙ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

– Dijelaskan bahwa ada empat golongan orang yang tak merugi, yakni orang yang beriman, orang yang beramal soleh, orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran, dan orang yang menasihati dalam kesabaran.

Kita ingin mengingatkan diri kita sendiri bahawa kehidupan ini Allah SWT bagi peluang sekali sahaja dan kita hidup di dunia ini cuma sementara. Jadi jangan sampai kita gagal memenuhi tujuan kita diciptakan Allah SWT di dunia ini.

Kehidupan di dunia ini akan memberi kesan atau impak besar untuk kehidupan kita di akhirat nanti, sebab kita tiada pilihan kecuali ke syurga atau ke neraka.

Jadi kena hadam tujuan Allah SWT ciptakan kita agar kita tidak tersesat jalan.

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (Adh-dhariyat: 56)

Dengan amanah yang diberikan Allah SWT itu merupakan tangung jawab yang dipikulkan ke atas kita di hari akhirat kelak. Jadi, setiap kita wajib menuntut ilmu agar kita tahu apa kah tuntutan agama kepada diri kita yang kita wajib laksanakan dan yang wajib kita tinggalkan.

Walau sesibuk mana pun kita dalam mengatur dan mengurus urusan dunia kita, jangan pernah tinggalkan solat. Jangan pernah berniat untuk menolak peratuan agama yang Allah SWT telah tetapkan iaitu Islam Sebagai Satu Cara Hidup (Ad-Deen).

Islam tak larang kita bersukan, tak larang kita berhibur, tetapi kita kena bijak dan tidak sampai melanggar batas-batas syariat.

Bagi orang-orang beriman, dunia ini adalah penjara. Maksudnya setiap sesuatu ada peraturannya. Kita wajib taat.

Alhamdulillah, kita masih sihat dan mempunyai tubuh yang kuat untuk beribadat kepada Allah SWT.

Persoalannya sekarang, mengapa masih ada di kalangan kita menggunakan masa dan kekuatan yang ada, pada jalan yang salah.

Bukan tidak boleh ambil dunia, tetapi ambillah sekadarnya.

Dengan masa yang teramat suntuk, peluang yang sangat terhad, jangan habiskan masa muda kita dgn perkara yang sia-sia.

Kita ingin melahirkan generasi yang Nabi SAW kata dalam hadis Beliau, pemuda yang menghabiskan masanya untuk ubudiyyah kpd Allah SWT, dengan Ibadahnya, dengan belajarnya, dengan hatinya, dengan kaki dan tangannya digunakan untuk mendapat reda dari Allah SWT.

Kemana masa remaja kita habiskan?

Nabi SAW telah menjelaskan tentang keadaan orang muda dalam hadis di bawah:

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh SWT dalam naungan-Nya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.”

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang rajin dalam beribadah kepada Allah SWT

(Masa muda adalah masa di mana syahwat sedang memuncak sehingga tidak kurang ramai pemuda yang terjerumus dalam kemaksiatan. Hanya pemuda yang mampu mengisi hari-harinya dengan ibadah sahaja yang terselamat pada hari kiamat. Sebagaimana kisah ‘Ashabul Kahfi’ (para pemuda Kahfi) yang mengelakkan kezaliman penguasa untuk menyelamatkan aqidah mereka).

  1. Seorang yang hatinya bergantung ke masjid.
  2. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  3. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan kaya dan cantik tetapi ia menolak dan berkata, “aku takut pada Allah.”

(Sebagaimana kisah Nabi Yusuf a.s. yang digoda oleh Zulaikha, keduanya saling cenderung sehingga jika bukan kerana petanda daripada Allah, maka keduanya akan melakukan maksiat sehingga Yusuf a.s. berkata, “Ya Allah! Lebih baik hamba dipenjara daripada melakukan maksiat kepadamu.” Suatu peristiwa yang mungkin pada masa ini sangat jarang berlaku dan sukar ditemui).

  1. Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan.
  2. Seseorang yang berzikir kepada Allah dalam kesunyian sehingga menitiskan air mata. (HR Muslim)

Dari hadis di atas, dapatlah menyedarkan kita tentang sifat-sifat mausia yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak dan jangan sampai waktu kita habiskan dengan perkara yang sia-sia.

Dunia adalah pentas cabaran dan dunia juga adalah pentas ujian tetapi di akhirat adalah tempat kita menerima balasan. Jangan sampai perbuatan kita mengecewakan Rasulullah SAW kerana Beliau sudah tunjukkan kita jalan untuk menuju syurga Tuhan.

Wallahu a’lam

5 September 2021