Home Berita PAS Melaka

Rencana | Eksploitasi golongan muda dalam menjatuhkan Islam

428
SHARE
Imam Hassan Al-Banna (Kredit foto : Google)

Oleh MARYAM IMRAN

Ulama tasawuf terkenal iaitu Imam Al-
Ghazali menerusi kata-katanya:

الدين والسلطان توأمان… الدين أس والسلطان حارس وما لا أس له فمهدوم وما لا حارس له فضائع

“Agama dan kekuasaan bagaikan saudara kembar… Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tak ada asasnya akan hancur. Dan apa saja yang tak ada penjaganya akan lenyap.”

(Al-Ghazali, Al-‘Iktiqad fi al-Iqtishad)

Mengimbau sejarah yang telah berlaku, sedar tidak sedar, ketiadaan khilafah memakan usia hampir satu abad.

Semangat yang wujud dalam jiwa Yahudi tidak pernah putus. Pelbagai metode telah digunakan, untuk membebaskan diri mereka daripada terikat dengan Islam. Kegerunan yang mereka hadapi kerajaan dan sistem Islam menjadikan mereka lebih agresif mencari jalan.

Tiga golongan yang diperalatkan

1. Golongan agamawan
2. Golongan bangsawan
3. Golongan pemuda

Ketiga-tiga golongan tersebut merupakan, aset terpenting dalam menjaga kemaslahatan negara Turki, dari sudut ekonomi, agama serta politik.

The Young Turk’ merupakan kelompok yang menghimpunkan golongan pemuda dan golongan intelek. Kesatuan ini merupakan perancangan senyap yang telah dibuat oleh orang Yahudi untuk melumpuhkan pemerintahan Islam.

Walaupun pada awalnya mereka sudah pun seludup masuk dalam tampuk kepimpinan khilafah, namun mereka tetap tidak berjaya menjatuhkan Sultan ketika itu.

Dengan ketidakpuasan mereka untuk mengusai pemerintahan, mereka menukar strategi dengan menguasai pemikiran golongan-golongan muda dan bangsawan.

Dengan menguasai dan memperalat golongan pemuda, Yahudi telah berjaya meniup semangat nasionalisme dan sekularisme. Mereka memadamkan nilai-nilai Islam yang wujud ketika itu. Hal ini berlarutan sehingga mereka berjaya mendesak dan menjatuhkan khilafah.

Jiwa muda yang bersifat gopoh

Dengan menguasai dan memperalat golongan pemuda, Yahudi telah berjaya meniup semangat nasionalisme dan sekularisme. Mereka memadamkan nilai-nilai Islam yang wujud ketika itu. Hal ini berlarutan sehingga mereka berjaya mendesak dan menjatuhkan khilafah.

Jiwa muda yang bersemangat dan bertindak melulu tanpa memikirkan kemudaratan sesuatu perkara, mendesak peletakan jawatan Khalifah ketika Itu. Perkara ini menjadi sebuah kejayaan terbesar bagi gerakan Freemason yang merupakan pengasas The Young Turk.

Kewajipan tertegaknya Islam di muka bumi

Usaha mengembalikan sistem khilafah bukanlah satu perkara mustahil, bahkan ianya menjadi kewajipan kepada kita selaku umat Islam untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini.

Pandangan Imam Hassan Al-Banna dalam usaha mengembalikan khilafah dengan:

1) Mewujudkan kerjasama antara negara Islam dalam bidang ekonomi, pengetahuan dan lain-lain lagi.

2) Menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan kerana ianya merupakan bahasa rasmi.

Realiti hari ini juga, anak muda digunakan untuk merosakkan kesucian Islam. Baru-baru ini tular video iklan raya judi yang menampilkan barisan pelakon dalam kalangan anak muda Islam.

Mereka diperalatkan untuk mempromosi judi yang sememangnya haram di sisi Islam. Selain itu, banyak lagi aktiviti tersembunyi yang menampilkan anak muda Islam ini sebagai watak mempromosikan agenda meruntuhkan Islam secara ‘slow motion’ di mana pengarahnya adalah dalam kalangan musuh Islam.

Justeru itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah di manakah pemuda pemudi kita hari ini? Adakah mereka di posisi yang betul atau sebaliknya? Bimbang jika mereka yang di sekeliling kita diperalat untuk mengalahkan Islam.

Tepuk dada tanya Iman.

Semoga ianya memberi kesedaran dan kefahaman kita dalam kita membina tapak Islam, di atas muka bumi Allah.

Salam Ramadan Al Mubarak

Penulis adalah Ketua Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .