Home Melaka

Rencana | Bahaya jarum sulit menghakis hak Melayu-Islam

696
SHARE

Oleh IBNU JANIE

PERJUANGAN yang dibawa oleh PAS bersama dengan sahabatnya Bersatu dan Gerakan di dalam Perikatan Nasional (PN) memang sentiasa bertentangan dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

PH-BN disokong oleh majoriti bukan Melayu dengan DAP sebagai parti dominan. Majoriti besar bukan Melayu tidak memberi undi kepada PN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Selepas PH-BN berkuasa semakin banyak perkara-perkara yang tidak diingini yang melukakan hati orang Islam berlaku. Antaranya kenyataan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy berkaitan penjawat awam; program Jom Ziarah Gereja; isu komunis dan banyak lagi.

PH-BN tahu kebimbangan orang Melayu terhadap ancaman yang berlaku akan menjauhkan lagi orang Melayu terhadap PH-BN. Ironinya Pilihan Raya Negeri (PRN) pula hampir menjelma.

Baru-baru penulis terbaca satu hantaran Facebook seorang pempengaruh politik. Beliau adalah seorang peguam Melayu yang sebelum ini agak seimbang dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Namun akhir-akhir ini beliau nampak cenderung kepada PH-BN.

Beliau dalam hantaran itu menyindir pihak yang menggunakan isu ancaman pengaruh komunis sebagai isu politik. Penulis percaya beliau tujukan perkara ini kepada PN yang selalu menyerang PH terutamanya DAP yang dilihat lunak dengan komunis.


https://m.malaysiakini.com/news/106422


 

Ia bukan dongengan. Pemimpin-pemimpin mereka pernah memperjuangkan agar Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia dahulu. Kemudian selepas kematian Chin Peng pemimpin-pemimpin mereka juga yang mendesak agar abunya dibenarkan untuk disemadikan di Malaysia.

Mereka mendesak agar komunis diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan sehingga bekas-bekas komunis ini telah berjaya mengadakan perhimpunan di Kajang semasa PH berkuasa pada tahun 2019.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah pemimpin-pemimpin PH-BN cuba untuk ‘brain-wash’ pemikiran orang-orang Melayu-Islam supaya mereka berasa bahawa bercakap soal perjuangan hak Melayu-Islam; tentang batas-batas hubungan Islam dan bukan Islam; tentang ketinggian dan hak agama Islam ini sebagai sesuatu yang kolot dan tidak wajar selain tidak intelektual.

Mereka cuba menimbulkan rasa malu kepada orang Melayu untuk mempertahankan perkara ini, sebaliknya mereka mewujudkan pula rasa bangga apabila seseorang Melayu-Islam itu boleh bercakap sesuatu yang menentang hak dan batas agama mereka sendiri sebagai wira, intelek, moden dan progresif.

Sebab itu kita lihat baru-baru ini apabila timbul isu program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang menimbul kemarahan umat Islam maka Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mengarahkan 100 ribu ahli partinya agar melawat rumah ibadat agama lain.



 

Ini strategi mereka. Mereka mahu orang Melayu-Islam bertindak berlawanan dengan kehendak agama dan bangsanya sendiri. Kemudian golongan-golongan yang berani seperti ini akan dianggap sebagai wira oleh mereka.

Maka ramailah nanti pemimpin-pemimpin Melayu dari kalangan PH-BN nanti yang akan bercakap sesuatu yang menentang dan menafikan hak bangsa dan agama sendiri demi untuk dilihat wira oleh orang-orang bukan Melayu-Islam.

Berlumba-lumbalah selepas ini pemimpin mereka dari kalangan Melayu sendiri yang memperjuangkan hak sama rata dengan bukan Melayu kerana mahu dilihat progresif, moden dan terbuka dengan bersikap demikian. Tanpa mereka sedar mereka sedang diperbodoh-bodohkan.

Dan sekarang kerajaan PH-BN memberi amaran kepada mereka yang dilabel sebagai membangkitkan isu perkauman bahawa pasukan keselamatan akan bertindak tegas terhadap mereka kerana meniupkan sentimen kaum dan agama.

Hakikatnya perkara-perkara seperti ini tidak akan dibangkitkan oleh orang Melayu-Islam sekiranya tidak dimulakan oleh mereka. Dan sekarang mereka cuba untuk membuat peraturan supaya orang Islam tidak boleh lagi bising jika hak mereka diusik dan dipertikai.

Maka selepas mereka ‘brain-wash’ orang Melayu agar menganggap perjuangan mempertahankan hak agama dan bangsa mereka sebagai jijik, sekarang dibuat pula undang-undang agar perkara ini menjadi satu kesalahan.

Maka selepas ini mudahlah mereka mahu mengadakan program ziarah gereja; merombak hak Bumiputera dalam jawatan sektor awam; mengiktiraf LGBT dan sebagainya. Ini bahaya!

Ini adalah kerana sesiapa orang Melayu-Islam yang menentangnya akan pasti tersentuh isu kaum. Maka mudahlah mereka mengambil tindakan undang-undang.

Dan kesalahan biasanya akan diletakkan di bahu orang Melayu. Kerana PH-BN pasti perlu menjaga pengundi tegar mereka yang merupakan majoriti bukan Melayu.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka



Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor, Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 27-30 Mac 2023.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH