Home Melaka

Rencana | Antara ‘formula Melaka’ dan formula Kelantan

212
SHARE

Oleh IBNU JANIE

ORANG Kelantan terima. Orang Kelantan mengundi. Orang Kelantan setia. Sebab itulah Kelantan menang lagi. Tempat lain tak menang,” ini yang dinyatakan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya di Ijtimak Tarbawi yang berlangsung di Besut baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang isu wala’ dan taat terhadap keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bagi soal penentuan calon pilihan raya.

Menurut Tuan Guru Presiden, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, PAS Kelantan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti mudah dua kerusi dan kemudiannya tinggal satu kerusi selepas berlaku satu pilihan raya kecil (PRK).

Kata Tuan Guru lagi, situasi itu sangat bahaya. PAS mengambil pendekatan untuk memberi peluang kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding di Parlimen Pasir Mas pada PRU 2008.

Tambah Tuan Guru, walaupun ramai yang tidak bersetuju, kerana mengambilkira latar belakang Ibrahim Ali yang kerap melompat parti, namun PAS Pusat tetap memberi keizinan.

Akhirnya PAS berjaya memenangi Parlimen tersebut kerana ahli-ahli PAS di Kelantan yang wala’ dan taat telah memberikan undi kepada Ibrahim Ali demi mematuhi arahan pimpinan.

Dalam ucapan yang sama Tuan Guru juga membandingkan apa yang berlaku di Kelantan dengan apa yang berlaku di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Tuan Guru, Majlis Syura Ulamak telah menetapkan seorang calon di sebuah DUN di Melaka yang pada pandangan majlis ini, calon tersebut boleh menang. Namun apa yang berlaku, calon tersebut telah diboikot oleh jentera cawangan-cawangan. Akhirnya calon tersebut kalah dengan majoriti yang sangat tipis tidak sampai 100 undi.

Bukan saja di Melaka, Tuan Guru Presiden dalam ucapannya turut menyebut bahawa terdapat juga beberapa kejadian boikot di negeri-negeri lain akibat tidak wala’ dan tidak taat kepada keputusan Majlis Syura Ulamak.

Kerana itulah Tuan Guru Presiden menyatakan bahawa wala’ dan taat adalah formula penting mengapa Kelantan sentiasa menang dan mengekalkan kemenangannya sejak dari dahulu.

 

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 10-13 Oktober 2022

 

Bercakap soal wala’ ini, penulis teringat suatu ketika dahulu semasa di sekolah menengah, ada seorang guru praktikal yang mengajar penulis merupakan seorang anggota tentera PALAPES.

Suatu hari beliau bercerita tentang petua bagaimana untuk melepaskan diri jika tersesat di dalam hutan. Menurut beliau jika tersesat di dalam hutan, kita harus melantik seorang ketua. Kemudian kita akan memberi kepercayaan kepada ketua itu tadi menggunakan inisiatifnya sendiri mencari jalan keluar. Ahli yang lain pula akan diam dan ikut sahaja.

Ini sebenarnya untuk mengelakkan berlaku ‘banyak mulut’ dan pertelingkahan. Dalam situasi yang genting dan kritikal, tidak boleh berlaku pertelingkahan atau perdebatan dalam mencari keputusan.

Bagi penulis ini sangat penting dalam kita menghadapi PRU-15 yang akan berlaku pada bila-bila masa. Memang PRU-15 ini adalah sebuah PRU yang sangat kritikal untuk orang Melayu.

Kerana itu PAS perlu mempunyai strategi yang ampuh dan mantap yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan dalam menghadapi PRU kali ini.

Masalah juga berlaku apabila ada orang yang apabila mereka jadi pemimpin mereka menuntut orang lain untuk wala’ kepada mereka tetapi apabila mereka sudah tidak lagi jadi pemimpin mereka tidak mahu wala’ kepada kepimpinan yang baru.

Kelantan telah membuktikan bahawa formula wala’ telah membawa mereka kepada kemenangan dan kekal menang. Sementara kita di Melaka telah membuktikan sebelum ini bahawa dengan ‘formula Melaka’, oleh kerana tidak adanya wala’ kita terlepas peluang untuk memenangi sebuah DUN.

Cubalah sekali ini, untuk sekali ini, kita cuba dahulu, kita lihat bagaimana keajaiban wala’ ini, jika ia benar-benar ajaib, jika ia benar-benar menjadi satu tongkat sakti untuk kita melahirkan kerusi sulung Parlimen PAS di Negeri Melaka ini.

Untuk sekali ini, kita cuba, bahawa semua ahli PAS Melaka, kita wala’ pada apa sahaja keputusan pucuk pimpinan untuk PRU15 bagi negeri Melaka. Walau di mana PAS bertanding, walau dengan siapa kita bertanding, walau siapa calon, kita wala’ dan bekerja keras untuk kemenangan.

Penulis adalah Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH