REMBAU, 1 MAC: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) telah menyampaikan komputer riba kepada seorang penuntut tahun tiga, bidang Senireka Grafik di Universiti Mahsa, di sini, semalam.
Ketua Muslimat DMPKR, Masita Mohamed Ali bersama Pengarah PAS DUN Kota, Ishak Omar telah menyampaikan komputer riba terpakai kepada Zulikmal Zulkapli yang tinggal di Kampung Baru, Pulau Bongek, di sini.
Menurut Masita, Zulikmal adalah anak asnaf Zulkapli Ujang, seorang OKU akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.
Justeru, status OKU itu melayakkan Zulkapli menerima pencen ilat, elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta bantuan daripada Baitulmal, untuk menyara dua orang anaknya yang masih belajar, jelas Masita.
Sehubungan itu, PAS Kawasan Rembau berterima atas sumbangan yang diterima di samping mengalu-ngalukan orang ramai untuk terus menyumbang komputer riba terpakai bagi kegunaan pembelajaran pelajar-pelajar di universiti dan kolej yang kurang berkemampuan.
Sebarang sumbangan yang ingin dihulurkan boleh menghubungi Masita (0192655059) atau Ishak Omar (0123494041).