Home Kenyataan Media PAS Kedah

Penjarakan Hak Guru, Menteri Pendidikan Naif

154 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP

Penjarakan Hak Guru , Menteri Pendidikan Naif

Dewan Pemuda PAS Padang Terap melahirkan rasa kesal dan dukacita atas kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dato Seri Mahadzir Khalid yang telah mengeluarkan kenyataan amaran kepada guru-guru agar tidak menyokong pembangkang dalam satu kenyataan baru-baru ini di Sabah.

Kenyataan naif tersebut memperlihatkan suatu penghinaan kepada golongan guru kerana guru mempunyai hak memilih dan menyokong mana-mana parti di dalam Malaysia sepertimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Kedudukan guru yang mulia sebagai pendidik anak bangsa telah dipolitikkan oleh Menteri Pendidikan yang kelihatan panik ketika pilihanraya umum semakin hampir.

Dewan Pemuda PAS Padang Terap mengajak guru-guru agar terus memberikan khidmat profesional yang konsisten dan berusaha mencapai indeks prestasi pendidikan yang tinggi serta mengamalkan budaya pendidikan yang matang dan sejahtera serta tidak terancam dengan ugutan dan amaran yang tidak memiliki nilai professional.

Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Terap
2 Mac 2018