Home Rencana PAS Selangor

Islam memimpin dengan ilmu – Lajnah Penerangan PAS Kawasan Sungai Buloh

9
SHARE

May be an image of 3 people, screen and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Lajnah Penerangan dan Media Baru
PAS Kawasan Sungai Buloh

Liqo Penerangan PAS Kawasan Sg Buloh malam tadi berlangsung dengan menampilkan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Ust Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden.

Pembentangan mengenai pembangunan dan kejayaan pemerintahan PAS/PN di Kedah dikongsi oleh Ust dengan penjelasan yang amat menarik dan jelas. Rasa macam nak pindah Kedah pula. Semoga Kedah bakal memacu pertumbuhan ekonomi di zon utara dengan adanya nanti terminal lapangan terbang antarabangsa dan juga perlabuan di Yan yang telah dirasmikan pada Mei 2021 yang lalu.

Menariknya lagi apabila pelan pembangunan Ilmu dan Manusia yang bakal dibangunkan kelak, insha Allah bakal melahirkan insan yang hebat dengan panduan Al Quran dan kepakaran professional yang lain. Semua ini mampu dicapai dengan kerjasama semua pihak dan kepercayaan rakyat Kedah untuk memberi PAS/PN meneruskan agenda yang telah dirancang.

Mengenai isu MB Kedah dikompaun kerana ‘test drive’ pula telah dijelaskan oleh Ust mengenai status kompaun tersebut, Konsep Islam memimpin dengan ilmu tu sepatutnya dijadikan perkiraan awal supaya maklumat yang tidak jelas atau fitnah dapat dielakkan. Rata-rata ahli yang hadir mengatakan penjelasan Ust cukup jelas.

Sekali lagi, pihak lajnah mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ust atas kesudian berkongsi penerangan. Mudah-mudahan selepas ini, seperti yang disarankan oleh YDP, boleh lah PAS Kawasan melawat Kedah sambil ‘pekena’ Black Thorn.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor