Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Rayuan Sumbangan Dana Guaman Saman Sarawak Report

1958
SHARE

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” [ Q:S. Ali ‘Imran : 92 ]

Dengan rasa rendah hati, kami Dewan Muslimat PAS Malaysia mengajak dan merayu Ahli PAS seluruh negara terutama Muslimat PAS untuk sama-sama berkongsi sedikit rezeki yang kita ada bagi membantu Dana Guaman Sarawak Report yang dihadapi oleh Tuan Guru Presiden kita.

Kos guaman dijangka mencecah £300,000 bersamaan RM 1,598,534.17. Ahli PAS seluruh Malaysia telah mencecah lebih 1 juta. Justeru adalah tidak mustahil jika setiap daripada mengambil peranan masing-masing untuk sekurang-kurangnya menyumbang RM 1 seorang.

Kita mengakui ahli PAS sangat murah hati dan tidak pernah berkira dalam soal memberikan sumbangan dan menderma. Masing-masing berlumba-lumba untuk mengisi tabung derma yang beredar dalam program-program anjuran PAS.

Inilah istimewanya ahli PAS barbanding parti lain. Sikap sayangkan parti dan rela berkorban apa sahaja demi melihat kebaikan PAS.

Pihak kami percaya dan yakin sesiapa sahaja yang melihat poster sebaran ini akan terus menderma dan menyumbang untuk membantu pihak peguam yang akan bertindak secara langsung dalam kes saman Sarawak Report.

Maybank Parti Islam SeMalaysia (PAS) 5640 7070 5537

Semoga Allah S.W.T melihat dan menilai sumbangan kita sebagai suatu kebaikan yang berpanjangan.

Dikeluarkan oleh,
Sekretariat
Dewan Muslimat PAS Malaysia
24 Julai 2018 bersamaan 11 Zulkaedah 1439