Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS NIBONG TEBAL RAIKAN BAKAL JAMAAH HAJI

639
SHARE

Oleh : Lea Baiduri

NIBONG TEBAL – 23 Julai 2018, PAS Nibong Tebal telah menganjurkan majlis bacaan yasin bagi meraikan 136 bakal-bakal haji yang akan berangkat ke tanah suci bagi tahun ini di masjid Daerah Jawi.

Majlis yang dimulakan dengan solat Asar berjemaah itu disusuli dengan ucapan daripada Yang Di Pertua PAS, Mohamad Ahmad dan wakil Masjid iaitu Pembantu Imam 1, Ustaz Muhammad Ishak Ismail dan seterusnya bacaan yassin.

Majlis anjuran bersama masjid ini adalah program tahunan PAS diperingkat Parlimen Nibong Tebal, yang mana ia bertujuan agar jamaah haji dapat bersuai kenal dan mengeratkan silaturahim.

Mohamad dalam ucapannya mengingatkan bakal-bakal haji agar bersedia dari segi fizikal dan mental serta menjaga kesihatan sebelum mahupun semasa ditanah suci agar dapat menjalani ibadah umrah dan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.

Taujihat yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ishak, turut mengharapkan agar para peserta tidak lupa mendoakan kemakmuran negara serta menyatukan hati-hati umat Islam agar bersatu demi kedaulatan agama Islam.

Dalam perkongsiannya lagi, beliau turut berpesan agar sentiasa menjaga mulut (perkataan), jangan riak dengan ibadah, jangan membuat fasik/maksiat, menjaga maslahah orang lain dan jangan berkelahi.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dari PAS Nibong Tebal kepada pihak Masjid Daerah Jawi dan jamuan ringan.