Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Rayuan Dana Pondok Pitas

1342
SHARE

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Lajnah Dakwah DMPM telah mengadakan misi dakwah ke Pusat Pendidikan Luqmanul Hakim, Kampung Rukom, Pitas Sabah pada 3 & 4 Feb 2018 yang lalu.

Pusat pendidikan ini mula beroperasi pada tahun 2013. Pengasasnya, Puan Dausieh Queck tidak mampu untuk memenuhi jemputan masyarakat bagi mengadakan kelas pengajian hampir setiap minggu di kawasan sekitar. Oleh itu, beliau meminta masyarakat datang sendiri ke rumahnya, sehingga mendorongnya untuk membuka pusat pendidikan ini.

Suaminya, Tuan Nemron Loveh, serta ahli keluarganya juga turut aktif membantu dan sama-sama bergabung tenaga dalam usaha dakwah di bumi Pitas.

Sehingga hari ini, Pusat Pendidikan Luqmanul Hakim ini terus menjadi tempat tumpuan masyarakat setempat dan pedalaman Pitas, khususnya golongan asnaf dan muallaf, bagi mendapatkan pendidikan agama. Malahan, ada juga sebahagian masyarakat bukan Islam yang turut hadir sama.

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan kewangan yang tidak mencukupi, Puan Dausieh sekeluarga cuba menjalankan tanggungjawab sekadar termampu bagi memberi pendidikan kepada anak-anak sesuai dengan saranan Islam iaitu membasmi buta huruf dan memberikan kesedaran celik Al Qur’an dalam masyarakat.

Pusat pendidikan ini juga menyediakan kemudahan asrama kepada kanak-kanak terutama untuk mereka yang datang jauh dari pedalaman.

Setiap pagi Tuan Nemron menghantar anak-anak tersebut ke sekolah berdekatan, manakala di sebelah petang, mereka akan belajar ilmu-ilmu fardhu ain dan akademik yang diajar oleh 2 orang ustaz dan ustazah serta dibantu oleh Puan Dausieh dan suaminya sendiri.

Jumlah pelajar tetap sekarang ialah seramai 21 orang. Manakala pada setiap hujung minggu, pelajar sementara juga datang menjadikan jumlahnya bertambah sehingga 30 orang atau lebih.

Ketika cuti sekolah jumlah pelajar lebih ramai lagi termasuk yang berumur dari 7 hingga 45 tahun. Inilah gambaran suasana mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan di Pusat Pendidikan Luqmanul Hakim, namun kemudahannya begitu dhaif. Kemudahan asrama yang ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin bertambah daripada masyarakat sekitar. Laluan masuk ke pusat pendidikan ini sejauh kira-kira 100 meter dari jalan raya juga sangat berbecak ibarat sawah padi.

Justeru, Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia berasa terpanggil untuk membantu usaha Puan Dausieh dan Tuan Nemron dan memastikan Pusat Pendidikan Luqmanul Hakim dapat beroperasi dengan lebih baik agar dakwah Islam terus berkembang subur di daerah ini.

Dengan ini, kami melancarkan kutipan dana sumbangan dengan sasaran sebanyak RM100,000 sebagai fasa pertama bagi tujuan pembangunan pondok, pembinaan jalan serta perbelanjaan pengurusan.

Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan sangat berharga buat mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan di daerah tersebut.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

?? MAYBANK:
DMPP 564025400711

Sila tulis ‘Pondok Pitas’ sebagai rujukan sumbangan.

? Sila maklumkan sumbangan anda kepada:
? Pn. Raba’ah Adawiah
? WhatsApp : 014-5218223
(Pengurus kewangan LD DMPM)