Home Berita PAS Selangor

Ratusan pek bantuan makanan telah disiapkan – PAS Kawasan Kota Raja

17
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Haji Razif
Pembantu Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja

Kota Raja | Alhamdulillah Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja sedang menyiapkan beberapa ratus pek kecemasan untuk diagihkan kepada rakyat Kota Raja yang benar-benar terkesan sehingga tiada stok bekalan makan dirumah akibat pandemik atau bencana yang melanda negara ketika ini. Mereka inilah golongan yang menjadi sasaran utama Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja untuk diagihkan Pek Kecemasan ini.

Pek kecemasan ini adalah sumbangan Ybhg Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh melalui YDP PAS kawasan Kota Raja. InshaAllah Khidmat Malaysia Kota Raja bersama ARC Kota Raja akan menyelaras bantuan ini dengan kerjasama Jabatan Setiausaha PAS Kawasan Kota Raja.

Anda juga dipersilakan untuk menyumbang kepada tabung kami.

16 Julai 2021 | 06 Zulhijjah 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor