Home Rencana PAS Selangor

#AmpangBersama : Jabatan Amal barisan hadapan kebajikan – DPPK Ampang

11
SHARE

#AmpangBersama : Jabatan Amal Barisan Hadapan Kebajikan – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang

Bila sebut Jabatan Amal Malaysia (JAM), ahli PAS akan segera tahu dan kenal dengan jabatan ini. Ini kerana kebanyakan pemuda-pemuda PAS secara tidak langsung adalah merupakan anggota Jabatan Amal (JAM). Jabatan ini ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS dengan matlamat yang khusus iaitu untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Bermula dengan keanggotaan seramai 12 orang di Terengganu, kini telah wujud beratus cawangan di seluruh Malaysia hasil istiqamah selama lebih 3 dekad. Di Ampang juga wujud Jabatan Amal yang dikenali sebagai Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang atau JAMKA.

JAMKA di bawah Dewan Pemuda PAS Ampang (DPPA) sudah lama melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di Ampang. Pelbagai tugasan dan aktiviti yang telah berjaya dijalankan. Namun, ada satu program yang JAMKA paling aktif dan terkehadapan iaitu aktiviti “A Day 4 Charity” atau AD4C. AD4C merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, khusus untuk membantu masyarakat yang dalam kesusahan sama ada bantuan dalam bentuk makanan, barang keperluan, kewangan bahkan bantuan tenaga. Kesemua dana adalah hasil terkumpul bersama.

JAMKA telahpun menjalankan aktiviti AD4C selama bertahun di Ampang khususnya, namun, berdasarkan data Aktiviti AD4C Yang Dijalankan oleh JAMKA Tahun 2021 seperti gambar di bawah, wujud peningkatan mendadak bermula bulan April tahun ini. Peningkatan ini bukan sahaja menunjukkan kesungguhan JAMKA dalam melakukan kebajikan, bahkan ia menunjukkan pertambahan bilangan individu atau keluarga yang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Bulan lepas sahaja hingga 80 buah keluarga yang telah dibantu oleh JAMKA. Kisah mengenai setiap keluarga ini boleh dibaca di Facebook “Jabatan Amal Ampang”. Ada berpuluh lagi yang sedang menunggu bantuan yang belum sempat JAMKA hulurkan.

Ketahuilah tuan-tuan sekalian, kesusahan rakyat itu benar. Ini bukan masanya lagi untuk kita berebut kuasa. Ini bukan masanya lagi untuk menunding salah siapa. Inilah masanya untuk kita fokus membantu sesama kita. Inilah masanya kita berebut mengejar pahala. Marilah kita gagah menghadapi pandemik ini bersama. Tiada sesiapa yang boleh tertinggal. “No one left behind”. Ayuh kita berikan sumbangan walau sedikit kepada jiran tetangga kita yang susah.

“Bersama berdaya sehingga berjaya”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor