Home Berita PAS Selangor

Nasi berlauk buat frontliners – PAS Kawasan Hulu Langat

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Frontliner sudah kepenatan, jumlah kes jangkitan virus Covid-19 juga meningkat mendadak. Mereka ini perlu sokongan dan bantuan bukan sebaliknya menghina dan mencaci mereka. Ada daripada mereka yang tidak balik kerumah hampir beberapa hari. Semua pengorbanan ini adalah untuk kebahagian rakyat juga.

PAS Kawasan Hulu langat diwakili anggota JAM Bukit Mahkota, sdr Hishamuddin bersama seorang lagi wakil NGO bertugas menyampaikan nasi berlauk buat para frontliners negara bagi menceriakan mereka. Untuk makluman, sumbangan 60 pek nasi berlauk tersebut hasil sumbangan dan hajat para penyumbang yang budiman.

“Abam polis dah makan tengahari?”, tanya mereka kepada anggota keselamatan yang bertugas di SJR Tol Putra Mahkota.

“Kami datang untuk sampaikan hajat penyumbang budiman yang bagi sumbangan 60 pek nasi berlauk untuk diberikan kepada frontliners yang bertugas”, jelas mereka.

Menurut laporan, selain petugas di SJR, mereka turut sampaikan bungkusan nasi berlauk tersebut kepada petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Semoga dengan pemberian yang tiada tandingannya dengan pengorbanan para frontliners negara, ia dapat mengembalikan sedikit kegembiraan mereka kerana telah lama tenggelam dengan tekanan dan kepenatan, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor