Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Rasuah : Banteras Hingga ke Akar Umbi

147
SHARE


KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PAS PULAU PINANG

Rasuah : Banteras Hingga ke Akar Umbi

PAS Pulau Pinang turut berpendirian teguh dengan Kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, agar kegiatan rasuah dibanteras habis-habisan sehingga ke akar umbi.

PAS Pulau Pinang mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ‘ SPRM’ memberi perhatian serius terhadap isu rasuah sehingga ke akar umbi.

Ini termasuk meneliti semula kes tuduhan rasuah pembelian banglo oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang digugurkan sebelum ini.

Bahawasanya Lajnah Penerangan Dan Media Baru PAS Pulau Pinang berkeyakinan penuh akan kewibawaan SPRM dalam mempamer ketegasan dan ketelusan dalam melaksanakan tugas serta mengajak semua pihak turut terlibat di dalam misi membanteras kegiatan tidak bermoral ini.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

Ir. Ahmad Rafaei Dato’ A Rashid
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang
8 April 2021