Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Pertahankan Perikatan Nasional- PAS Pulau Pinang Seru Untuk Bersama Selamatkan Negara

223
SHARE


KENYATAAN MEDIA PAS PULAU PINANG

PERTAHANKAN PERIKATAN NASIONAL – PAS PULAU PINANG SERU UNTUK BERSAMA SELAMATKAN NEGARA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang turut senada dan menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang agar semua pihak terus mempertahankan dan memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) demi masa depan negara.

Kami juga menyeru agar semua pihak yang berteraskan Islam untuk menyelamatkan negara ini bersama-sama di dalam sebuah gabungan baru iaitu Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi PAS dan BERSATU serta bersama dengan golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Semua pihak juga diingatkan agar mengambil pengajaran berdasarkan firman Allah dalam surah Al Imran ayat 103 “Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai” serta bermuhasabah dan mengambil iktibar diatas kesan dari kejatuhan kerajaan Islam negeri Melaka dahulu.

PAS Pulau Pinang sekali lagi ingin menegaskan bahawa kami menyokong penuh kepimpinan Presiden PAS demi kepentingan Islam, halatuju siasah serta masa depan negara yang tercinta ini.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

Ustaz Muhammad Fauzi bin Yusoff
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
6 April 2021