Home Tazkirah Ramadhan DMPM

Ramadhan Madrasah Muttaqin

792
SHARE

Ayat fardhu puasa didahului oleh ayat fardhu hukum qisas dan kedua-dua ayat ini pada hujungnya bermaksud, “supaya kamu bertaqwa”

Tetapi berapa ramai umat Islam yang bersungguh-sungguh dalam menunaikannya (hukum qisas) sebagaimana kesungguhan umat Islam melaksanakan ibadah puasa?

Allah s.w.t telah menjelaskan berkaitan hukuman qisas sebagaimana dalam Surah Al-Baqarah ayat 178 yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

“Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.” [Surah Al-Baqarah : 179]

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” [Surah Al-Baqarah : 183]

Semoga Ramadhan ini membersihkan diri kita daripada golongan yang disebut Allah;

“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya beriman kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [Surah Al-Baqarah : 85]

#tadabburalQuran
#RamadhanMadrasahMuttaqin

 

{jathumbnail off}