Home Kenyataan Media PAS Selangor

ISU PPR : KERAJAAN PERSEKUTUAN JANGAN JADI LANUN.

505
SHARE


Kenyataan Akhbar

ISU PPR : KERAJAAN PERSEKUTUAN JANGAN JADI LANUN.

Kerajaan Persekutuan perlu “gentlemen” dan tidak sepatutnya mengambil sikap seperti “lanun” di dalam usaha untuk mengambil alih PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang dari Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan mungkin boleh menggunakan kekerasan untuk mengambil alih PPR tersebut tetapi kita berada di dalam sebuah negara yang bertamaddun. Maka Kerajaan Persekutuan tidak boleh menggunakan undang-undang rimba untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

Tuntutan Kerajaan Negeri sebanyak RM60 juta dari Kerajaan Persesekutuan adalah munasabah. Terdapat bukti-bukti seperti tuntutan-tuntutan pembayaran.

Sekiranya Kerajaan Negeri telah mengambil sikap lepas tangan maka sudah tentu PPR itu tidak akan dapat didiami hari ini.

Kerajaan Persekutuan juga perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk memulihkan PPR tersebut jika Kerajaan Negeri mengambil sikap lepas tangan.

Kerajaan Persekutuan mendakwa jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk penyelenggaraan berjadual. Walau bagaimanapun kebanyakan kerja-kerja baikpulih itu adalah akibat vandalisme dan perbuatan khianat yang lain. Ia tidak boleh dikategorikan sebagai penyelenggaraan biasa atau berjadual.

Kerajaan Persekutuan juga mendakwa Kerajaan Negeri telah dapat mengutip sewa dari penduduk. Pada hakikatnya sewa yang dikutip adalah rendah. Amalan tidak membayar sewa ini telah berakar umbi sejak zaman Barisan Nasional. Di zaman Barisan Nasional pungutan sewa juga adalah rendah.

Rakyat akan menjadi saksi jika Kerajaan Persekutuan meneruskan hasrat mereka untuk mengenepikan Kerajaan Negeri. Rakyat akan mengajar mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

Walau bagaimanapun saya menggesa Kerajaan Persekutuan agar sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia ini menghormati tuntutan Kerajaan Negeri.

YB Dato’ Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
30 Mei 2017