Home Artikel PAS Johor

Ramadan : Muslimat Disaran Rebut Peluang Ini

576
SHARE

Ramadan : Muslimat Disaran Rebut Peluang Ini

Oleh :’Aisyaa Yasmin

Tebrau : Setiap bulan Ramadan, rata-rata Muslimat PAS kawasan di negeri Johor secara rutin akan mengadakan tadarus .

Wakil Muslimat PAS Kawasan Tebrau dalam pembukaan majlis tadarus di sini berkata penganjuran kali ini adalah di bawah Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan.

Ironinya, program yang bermula seawal 9 pagi ini bertujuan menyemarakkan bulan suci ini dengan memperbanyakkan membaca Al Quran dan ibadah – ibadah lainnya.

Bagi pelaksanaanya pula, peserta tadarus dipecahkan kepada dua Dun dan bergerak mengikut cawangan seperti mana yang telah ditetapkan setiap jumaat sepanjang Ramadan ini bagi membolehkan mereka khatam beramai-ramai pada 24 Mei ini.