
Oleh : Pusat Khidmat PAS Kapar
Program Ziarah Kasih di DUN Sementa diteruskan seperti minggu sebelumnya. Antara pimpinan yang bersama Us Noor Najhan Mohamad Salleh Yang-Dipertua PAS Kawasan Kapar, Us Wan Hamidi Wan Mat Timbalan Yang-Dipertua PAS Kawasan Kapar, Dr Hjh Halimah Ali AJK PAS Pusat, Tok Mat Elah Mantan Ketua Kampung Sementa, pimpinan PKP, pimpinan Halwa serta pimpinan Cawangan.

Kehadiran Team Ziarah ini disambut baik dari ahli keluarga dan terharu dengan keprihatinan PAS kepada rakyat. Ada di antaranya yang menitiskan air mata.

Di hujung kunjungan bagi pihak PAS telah memberi sumbangan dalam bentuk barangan, duit tunai dan diiringi doa munajat.
Moga semua diberikan kasih sayang Yang Maha Pengasih.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#BaktiUntukSemua
#KamiSayangSemua